Wednesday, December 7, 2011

Alex Ferguson - Rooney fokus sepenuhnya berdepan Basel.

Alex Ferguson ketika sidang media.
     Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Wayne Rooney tidak akan terganggu oleh keputusan UEFA yang bakal diumumkan Khamis ini, dengan penyerang itu fokus untuk membantu United layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League.

     Ferguson enggan menimbangkan bahawa minda penyerang itu mungkin terganggu, walaupun kes rayuan penggantungan beliau akan didengar di Switzerland sehari selepas perlawanan dengan Basel. Terdapat spekulasi bahawa Fabio Capello akan membuat kejutan dengan mengenepikan Rooney daripada pasukan England ke Euro 2012 andainya penggantungan tiga perlawanan kekal.

     Apabila ditanya samada beliau bimbang mengenai fokus Rooney berdepan Basel, Sir Alex menjawab tanpa ragu-ragu. "Beliau ada perlawanan esok. Saya tidak rasa kes penggantungannya akan mengganggu fokus beliau."

     Konsentrasi adalah topik utama bagi Ferguson menjelang perlawanan yang mana United tidak boleh tewas. Mengulangi beberapa perkara yang dikatakannya hujung minggu, Sir Alex bersedia sepenuhnya ujian getir berdepan Basel, yang seri 3-3 di Old Trafford September lalu.

     "Kami perlu memastikan kami mencuba dan kawal permainan seperti di Aston Villa," jelas beliau. "Ia menjanjikan atmosfera yang menakjubkan namun kami memiliki rekod yang baik di tempat lawan beberapa tahun kebelakangan ini dan itu akan membantu. Diharapkan ia akan berlaku esok.

     "Tiada apa yang silap dengan taktik kami ketika perlawanan pertama (seri 3-3). Ia hanyalah kami tidak menggunakan peluang yang ada. Kami kurang disiplin pada masa kedua dan mengakibatkan kehilangan dua mata. Tetapi kami lakukan tugas kami ketika menentang Otelul Galati, juga di Benfica dan tidak bernasib baik untuk menang di tempat sendiri dengan Benfica apabila kami patut menang."

     Sementara itu United bakal berdepan Basel tanpa dua penyerang Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez. Berbatov tidak sempat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya ketika menentang Crystal Palace manakala Hernandez terpaksa diketepikan selama sebulan selepas diusung keluar di Aston Villa.

    United berlepas ke Switzerland dengan 22 pemain dan ini tidak termasuk Michael Carrick yang digantung perlawanan tetapi Nemanja Vidic bakal beraksi selepas penggantungannya sebelum ini. Pemain muda seperti Ezekiel Fryers dan Larnell Cole juga tersenarai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...