Tuesday, December 6, 2011

Darren Fletcher - Saya tidak mahu kecewa lagi.

     Darren Fletcher berikrar mahu membantu United daripada tersingkir daripada Champions League menentang Basle esok. Fletcher adalah sebahagian daripada pasukan United yang gagal layak ke peringkat kalah mati selepas kekalahan mengejut dengan Benfica di Lisbon pada Disember 2005.

     Kapten Scotland itu akan menggunakan kekecewaan tersebut bagi menyemarakkan semangat juang rakan sepasukan lain untuk mengelak nasib yang sama di Switzerland, di mana satu mata cukup untuk layak.

"Terdapat beberapa pemain masih bersama dalam pasukan yang mengalami pengalaman pahit malam itu (Ferdinand, Giggs, Rooney dan Park)," kata Fletcher.

     "Kami tahu melalui pengalaman ia sesuatu yang sukar diramal sekiranya ia (kelayakan) dibawa ke perlawanan terakhir kumpulan, jadi kami perlu belajar dan ambil iktibar daripada pengalaman dan pastikan ia tidak berulang.

Neville ketika tewas kepada Benfica tidak lagi bersama United.
     "Bezanya kami tahu betapa buruk perasaan kami pada masa itu. Namun kami tidak memikirkannya, kami fikirkan untuk mendapat keputusan positif, sebagaimana selalu kami tekankan. Jika kami beraksi pada tahap kemampuan sebenar kami, saya pasti kami akan dapat keputusan yang kami mahukan.

      "Perlawanan ini akan membolehkan kami layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League, jadi ia perlawanan yang sangat penting. Kelab ini perlu berada dilaluan tersebut dan kami tahu bagaimana mendapatkan keputusan positif jika matlamat sebenar mahu dicapai"

     United hanya perlu seri namun Fletcher berkata United bermain untuk menang, pertamanya itu adalah cara United dan keduanya kemungkinan United menjuarai kumpulan sekiranya Benfica gagal mengalahkan kelab Romania Otelul Galati. Musim 2005/06 adalah kali pertama dalam tempoh 15 tahun United gagal layak ke peringkat kalah mati Champions League.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...