Friday, December 9, 2011

Manchester United bimbang kehilangan kapten Nemanja Vidic untuk keseluruhan musim.

     Nemanja Vidic mungkin terpaksa melupakan baki musim ini selepas terpaksa dikeluarkan pada perlawanan menentang Basel. Kapten United itu terpaksa bertongkat semalam setibanya dari Switzerland dengan juara England itu tersingkir daripada Champions League.

     Kebimbangan dapat dilihat di kem United dengan Vidic berkemungkinan diketepikan hingga sekurang-kurangnya sehingga April. Pemain pertahanan tengah 30 tahun itu dikeluarkan sebelum rehat masa pertama selepas bergelut dengan Marco Streller yang secara tidak sengaja terjatuh ke atas lutut kanan kapten United itu.

      Ia pastinya tamparan hebat buat United yang mencatatkan enam perlawanan tanpa bolos dalam lapan perlawanan dengan Vidic dalam pasukan selepas kembali daripada kecederaan sebelum ini.

     Bintang Serbia itu akan menjalani imbasan hari ini untuk mengetahu sejauh mana kecederaan dialami beliau. Vidic digantikan oleh Jonny Evans, namun United tersingkir daripada Champions League di peringkat kumpulan buat kali kedua sejak 1994. Kini United akan beraksi dalam Europa League dengan Manchester City untuk kali pertama dalam sejarah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...