Friday, December 9, 2011

Did you know? - Apa yang perlu anda tahu mengenai UEFA Europa League.

     UEFA Europa League (sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA) adalah kejohanan tahunan dianjurkan badan bolasepak Eropah UEFA sejak 1971. Ia adalah kejohanan Eropah kedua prestij selepas UEFA Champions League. Kelab Eropah yang layak dalam kejohanan ini adalah berdasarkan prestasi dalam liga dan kejohanan piala negara masing-masing.

     Dikenali sebelum ini sebagai Piala UEFA, kejohanan ini ditukar kepada UEFA Europa League sejak musim 2009/10 dan juga beberapa perubahan format. Untuk tujuan rekod UEFA, Piala UEFA dan UEFA Europa League adalah kejohanan yang sama, dengan pertukaran nama hanyalah sebagai langkah penjenamaan semula.

Leeds juara 1968 dan 1971
     Kejohanan ini pada awalnya menggantikan Piala Inter-Cities Fairs, walaupun kejohanan ini tidak dianjurkan oleh UEFA. Ia adalah idea asal Ernst Thommen dari Swiss, Ottorino Barassi dari Itali dan Setiausaha Agung FA England Stanley Rous. Bersempena dengan namanya, kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan hubungan perdagangan antara bandar-bandar Eropah.

     Namun untuk tujuan rekod, Piala UEFA tidak diiktiraf sebagai pengganti kepada kejohanan Inter-Cities Fairs. Sebagai contoh Leeds United, yang menang Piala Fairs sebanyak dua kali, tetapi tidak diiktiraf oleh UEFA sebagai trofi peringkat Eropah.

     Pada tahun 1999, Piala UEFA Cup Winners dimansuhkan dan bergabung dengan Piala UEFA. Pada musim 2004/05, peringkat kumpulan diperkenalkan sebelum ke peringkat kalah mati. 

Liverpool juara 2001
     Penjenamaan semula 2009 termasuk bergabung dengan Piala UEFA Intertoto, dengan peringkat kumpulan yang diperluaskan dan kriteria kelayakan yang diubah. Pemenang UEFA Europa League layak ke kejohanan Piala UEFA Super Cup.

     Piala ini telah dimenangi oleh 26 kelab berbeza dengan 11 kelab menang lebih daripada sekali. Kelab paling berjaya adalah Juventus, Internazionale Milan dan Liverpool dengan tiga kejuaraan. Liverpool adalah kelab terakhir dari England memenanginya pada 2001.

     Sebagai menambah perkara positif kepada situasi negatif yang berlaku di United sekarang, mereka adalah satu daripada empat pasukan terbaik dalam Champions League, yang mana menduduki tempat ketiga kumpulan, ini memberikan kelebihan pada undian 32 pasukan 16 Disember ini.

     United juga tidak pernah memenangi kejohanan ini, jadi ini adalah peluang untuk mencatat sejarah baru kelab. Manchester City yang juga tersingkir daripada Champions League akan bersama United, manakala Tottenham, Stoke City dan Fulham belum lagi mengesahkan kelayakkan.

     UEFA Europa League musim ini pastinya akan lebih mendapat publisiti dengan adanya dua kelab Manchester, dan berkemungkinan menaikkan imej kejohanan buat pertama kali. Tidak kira siapa yang akan menanti United nanti, mereka perlu bermain di tempat lawan pada 16 Februari dan kembali ke Old Trafford seminggu kemudian pada 23 Februari. Pasukan dari England tidak boleh dipertemukan sehingga peringkat 16 pasukan. Perlawanan akhir UEFA Europa League akan di adakan di Stadionul Național di Bucharest, Romania pada 09 Mei 2012.

Adakah Rooney dan rakan sepasukan akan menjulang trofi Europa League?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...