Saturday, December 10, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Wolverhampton Wanderers.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Wolverhampton Wanderers hujung minggu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik membabitkan dua pasukan ini.

5. Manchester United vs Wolves 1-1, 26 Mac 1949, Separuh Akhir Piala FA, Hillsborough.

     United selaku penyandang juara beraksi cemerlang dalam Piala FA dengan menjaringkan 22 gol keseluruhan untuk sampai ke separuh akhir, termasuk kemenangan 8-0 ke atas Yeovil Town pada pusingan kelima.

     Menanti mereka di separuh akhir yang diadakan di tempat Sheffield Wednesday Hillsborough ialah Wolves yang pada perlawanan liga masing-masing menang di tempat sendiri dengan 3-2 di Wolves dan 2-0 di Old Trafford. Perlawanan ini berakhir dengan seri 1-1 dengan gol United dijaringkan Charles Mitten (gambar).

     Ulangan separuh akhir dimenangi Wolves 1-0 dan mereka sekaligus menewaskan Leceister City 3-1 di perlawanan akhir di Wembley pada 30 April 1949.


4. Wolves vs Manchester United 3-2, 03 Okt 1970, Liga Divisyen Satu, Molineux Stadium.

Alan Gowling
     Selepas hanya mencatat satu kemenangan daripada empat perlawanan di tempat lawan, termasuk kalah dua kali dengan jaringan 0-4 menentang Arsenal dan Ipswich Town, United berkunjung ke Wolves mengharapkan nasib berbeza kali ini.

     Namun mereka sekali lagi tewas tipis dengan jaringan    2-3. Dua gol saguhati United dijaringkan oleh Brian Kidd dan Alan Gowling. United menamatkan musim di tempat kelapan dan George Best muncul penjaring terbanyak United dengan 21 gol dalam kesemua kejohanan.


3. Manchester United vs Wolves 5-0, 03 Okt 1981, Liga Divisyen Satu, Old Trafford.

     Dengan hanya tiga kemenangan daripada lapan perlawanan awal musim United menanti kunjungan Wolves di Old Trafford. Tiga hari sebelum itu United menewaskan seteru mereka Leeds United 1-0 di laman sendiri.

     Sammy Mcllroy (gambar) menjaringkan hatrik sementara Birtles dan Stapleton masing-masing dengan satu gol untuk keputusan akhir 5-0. Stapleton muncul penjaring terbanyak United musim ini dengan 13 gol manakala Mcllroy menamatkan musim dengan tiga gol dalam perlawanan ini. United menduduki tempat ketiga liga di belakang juara Liverpool dan Ipswich Town.
    


2. Wolves vs Manchester United 2-1, 05 Feb 2011, Liga Perdana, Molineux Stadium.

George Elokobi menanduk masuk gol pertama.
     Manchester United yang sekali lagi beraksi hambar di tempat lawan tewas buat kali pertama dalam liga musim ini dengan pasukan tercorot Wolves. United di depan selepas minit ketiga menerusi sepakan rendah Nani ke penjuru tiang gol yang sebelum itu memperdaya pertahanan Wolves George Elokobi.

     Namun Elokobi kemudiannya menanduk masuk hasil kealpaan pertahanan United, dengan Matt Jarvis mengambil sepakan sudut tersebut. Kevin Doyle kemudian menanduk masuk gol kedua sebelum rehat selepas pelawat gagal mencipta sebarang peluang.

     Harapan Wolves untuk mengelak daripada tersingkir nyata cerah dengan kemenangan ini meletakan mereka dua mata di belakang Wigan yang di tangga ke-17 dengan kurang satu perlawanan, tetapi pasukan saingan gelaran liga United pastinya menyambut baik rekod 29 perlawanan tanpa kalah dalam liga akhirnya berakhir.

1. Manchester United vs Wolves 2-1, 06 Nov 2010, Liga Perdana, Old Trafford.

Park diraikan rakan sepasukan
     Park Ji-Sung menjaringkan gol lewat perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada Manchester United yang beraksi di bawah kemampuan sebenar keatas Wolves.

     Dalam masa kecederaan Park membawa bola daripada sebelah kanan dan melepasi dua pertahanan sebelum merembat rendah ke penjuru kiri gawang Wolves. Sylvan Ebanks-Blake menyamakan kedudukan selepas Park sebelum itu menjaringkan gol pendahuluan hasil hantaran daripada sayap kiri Darren Fletcher.

     Pada awal permainan United kehilangan khidmat Owen Hargreaves hanya selepas enam minit selepas kembali ke dalam barisan utama alam masa dua tahun. Beliau dikeluarkan akibat kecederaan otot paha dan sekali lagi dijangka diketepikan untuk jangka masa yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...