Saturday, December 10, 2011

Nemanja Vidic terlepas aksi baki musim ini akibat kecederaan.

Vidic alami kecederaan ketika di Basel.
     Kem Manchester United menerima satu lagi berita buruk apabila pengurus Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa Nemanja Vidic akan terlepas baki musim 2011/12.

     Pertahanan Serbian itu diusung keluar ketika kekalahan 1-2 United kepada Basel Rabu lalu, keputusan yang menyingkirkan United daripada Champions League. Vidic meninggalkan stadium dengan bertongkat dan agennya mendedahkan pada Khamis lalu bahawa pertahanan itu mengalami kecederaan otot ligamen.

     Sir Alex, bercakap pada sidang media pada pagi Jumaat mengesahkan apa yang paling dikhuatiri penyokong United.

     "Kami jangka ia adalah paling teruk," kata beliau. "Beliau tidak dapat beraksi lagi musim ini. Ia bukan sesuatu yang kami langsung tidak jangka namun ia pastinya berita buruk.

     "Kami sekarang perlu memilih antara Jonny Evans, Phil Jones dan Chris Smalling (untuk isi posisi Vidic). Saya rasa Rio beraksi baik Rabu lalu. Pengalaman beliau amat penting.

     "Kami akan terasa kehilangan beliau, kami telah melaluinya pada permulaan musim selama lima minggu selepas kecederaan otot betis pada perlawanan pertama dengan West Brom.

     "Beliau memiliki perwatakan yang dominan, khususnya dalam kotak penalti. Itu merupakan ciri-ciri kuat permainan beliau."

*sumber manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...