Sunday, December 11, 2011

Nani - United beri respon terbaik.

Nani meraikan gol kedua peribadi.
     Nani berpendapat United memberikan respon terbaik selepas tersingkir daripada Champions League dengan membenam cabaran Wolves di Old Trafford.

     Pemenang Players' Player of the Year musim lalu mempamerkan aksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol dalam liga buat pertama kali ketika kemenangan 4-1 mengatasi pasukan Mick McCarthy.

     Dengan prestasi semasa begini, pemain sayap ini pastinya akan digeruni pertahanan lawan dan selepas menambah gol liga kepada lima musim ini, beliau berharap dapat mengekalkan momentum hingga tahun baru.

     "Saya fikir kami beraksi dengan cemerlang," kata beliau dengan penuh semangat kepada MUTV. "Setiap pemain beraksi dengan baik dan saya fikir setiap pemain mahu menang perlawanan ini. Ia adalah cara kami bermain dan ia adalah perlawanan terbaik dengan jaringan gol yang banyak. Semua pemain gembira dengan keputusan perlawanan.

     "Ia sangat sukar. Kami tahu kami biasanya layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League dan kami layak dengan mudah melepasi peringkat kumpulan, jadi ia amat mengecewakan.

     "Kami tidak langsung menjangka akan bermain dalam Europa League namun kami masih mempunyai harapan (peringkat Eropah) dan berpeluang untuk bermain seperti hari ini. Kami hanya perlu lakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan yang kami sertai.

     "Sudah tentu perlawanan sebelum ini (menentang Basel) adalah detik mengecewakan tetapi saya rasa kami memberi respon yang terbaik dalam perlawanan ini dan harap dapat kekalkan hingga penghujung musim."

      Nani juga berpuas hati dengan aksi beliau dan sumbangan dalam kemenangan meyakinkan United di mana beliau juga membantu dalam gol pertama Wayne Rooney.

     "Saya gembira dapat menjaringkan gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan," jelas beliau. "Ia penting buat pasukan dan saya dalam prestasi terbaik dan gembira dengan aksi dipamerkan. Saya bekerja keras untuk cuba dan memberikan yang terbaik dan membantu pasukan.

     "Saya suka bermain di mana-mana posisi - apa yang penting adalah sumbangan saya kepada pasukan adalah yang terbaik. Saya perlu tunjukan kualiti yang saya miliki. Saya mahu menjaringkan gol, menikmati bolasepak dan menang perlawanan."

*sumber manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...