Monday, December 12, 2011

Gosip - Manchester United berminat dapatkan pemain muda Belanda.

Jetro Willems (kiri) ketika beraksi bersama PSV.
     Manchester United dilaporkan dalam usaha mendapatkan pemain muda berbakat Belanda Jetro Willems – dengan Sir Alex Ferguson mencari pengganti Patrice Evra.

     Ferguson menghantar adiknya Martin, pegawai bakat United, dalam misi 'meninjau' pemain bek kiri yang berusia 17 tahun itu, yang turun beraksi untuk PSV Eindhoven hujung minggu lalu, dan menimbang untuk mendapatkan pemain remaja itu secepat mungkin.

     Willems menyertai PSV dari Sparta Rotterdam pada penghujung Ogos lalu, dan mungkin berpindah sekali lagi sekiranya Ferguson merasakan ini adalah masanya untuk sebarang perpindahan sebelum mendapat saingan pasukan lain.


     Bintang remaja Belanda itu telah bermain 20 perlawanan senior dalam liga tempatan sekaligus menarik minat kelab-kelab besar England dan Eropah lain.
     Ferguson pada masa ini tidak memiliki pemain yang dapat digilap untuk menggantikan posisi Patrice Evra di Old Trafford, dengan kembar Da Silva selalu dilanda kecederaan. Ini bermakna beliau mungkin mendapatkan Willems lebih awal daripada jangkaan. Willems menandatangani kontrak tiga tahun di PSV, dan pastinya nilai pemain akan meningkat sekiranya Ferguson memilih untuk menunggu lebih lama.

     Willems layak untuk beraksi dalam Europa League buat United sekiranya perpindahan berlaku pada Januari ini. United pastinya akan menonton aksi beliau sekali lagi sebelum tempoh perpindahan pemain dibuka semula bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...