Tuesday, December 13, 2011

Blast from the Past - Dua tahun selepas tersingkir United menjadi juara Eropah 2008.

Alex Ferguson kecewa selepas tersingkir.
     Kekalahan Manchester United kepada Basel mengimbau kembali pengalaman pahit kekalahan kepada Benfica enam tahun sebelumnya, apabila United tersingkir pada peringkat kumpulan Champions League.

     Dua tahun setengah selepas detik hitam itu, Alex Ferguson mengemudi pasukannya ke kemuncak bolasepak Eropah dengan menewaskan Chelsea di Moscow untuk merangkul kejohanan terbesar Eropah buat kali ketiga.

Detik Hitam 2005.    

     Tewas di Estadio da Luz pada 2005 telah meletakan Sir Alex Ferguson dibawah perhatian dan tekanan media, dan terdapat pihak yang mencadangkan pengurus Scotland itu meletak jawatan atau dipecat selepas United menduduki tangga tercorot kumpulan dengan satu kemenangan.

     Dalam Liga Perdana, selepas hanya menduduki tangga ketiga dalam dua musim sebelumnya dan bergelut pada permulaan musim 2005/06 - gagal memungut mata penuh di laman sendiri berdepan Manchester City, Blackburn dan Spurs, dan di tempat lawan dengan Liverpool dan Middlesbrough - berada di tangga keenam liga pada bulan Oktober.

Ronaldo pada 2005.
     Kekalahan di Portugal pada 2005 memberikan Ferguson beberapa masalah pemilihan pemain. Terdesak untuk mengelak penyingkiran daripada kejohanan dalam masa 11 tahun, beliau memilih barisan dengan mentaliti serangan. Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney, keduanya 20 tahun, adalah pemain kesebelasan utama, namun keduanya menunjukan ketidakmatangan masing-masing. Ronaldo - bermain menentang seteru bekas kelabnya Sporting Lisbon - diejek sepanjang perlawanan dan dilayangkan kad kuning sebelum digantikan. Wayne Rooney beraksi lebih baik berbanding bintang Portugal itu namun bermain di luar posisi di sebelah sayap dengan United terdesak untuk menjaringkan gol.

     Sementara itu Benfica seolah dapat menghidu kelemahan United; John O'Shea di bek kiri menggantikan Gabriel Heinze yang cedera, Mikael Silvestre yang agak gugup di pertahanan tengah dan Alan Smith kurang konsisten sebagai holding midfielder. Pasukan Portugal itu menyamakan kedudukan selepas jaringan awal Paul Scholes, kemudian menjaringkan gol kemenangan yang menyingkirkan United daripada kejohanan Eropah dan menyebabkan Ferguson perlu memikirkan semula pasukannya.

Pembinaan semula pasukan.    

Vidic dan Evra.
     Sejumlah lapan pemain daripada perlawanan Benfica masih kekal di United pada perlawanan akhir Champions League 2008. Namun selepas sebulan kekalahan di Lisbon Ferguson jelas menunjukan niatnya untuk merombak pasukannya dengan menandatangani Patrice Evra, 24 tahun dari Monaco yang akhirnya menggantikan Gabriel Heinze, dan juga Nemanja Vidic dari Spartak Mosow pada perpindahan bulan Januari, dan Alex Ferguson dipetik berkata selepas itu: "Pertahanan yang baik memberikan anda kemenangan."

Carrick bersama Ferguson.
    
     Di bahagian midfield Michael Carrick dibeli dari Spurs pada musim panas 2006 untuk memperkukuhkan midfield, dan setahun kemudian Nani dan Anderson menyertai United untuk menggantikan Ryan Giggs dan Paul Scholes yang semakin berusia, walaupun kedua pemain senior tersebut sukar diganti. Karier pemain midfield Alan Smith di United jelas terjejas selepas Lisbon; selepas dikritik hebat Roy Keane menerusi MUTV, bekas pemain Leeds itu patah kaki ketika tewas pada perlawanan Piala FA dengan Liverpool dan tidak pulih sepenuhnya ke tahap prestasi sebelumnya. Beliau akhirnya menyertai Newcastle pada musim panas 2007.



Nani bersama Hargreaves.

      Ferguson mengisi posisi yang ditinggalkan Alan Smith dengan mendapatkan pemain antarabangsa England Owen Hargreaves dengan kos £17 juta dari Bayern Munich dan pemain defensive midfielder itu memberikan impak segera di Old Trafford dengan membantu United merangkul gelaran liga dan Champions League dalam musim pertamanya. Barisan serangan juga berlaku rombakan dengan Ruud van Nisterooy dijual ke Real Madrid pada 2006. Pada mulanya Louis Saha diberikan peranan penting sebelum Carlos Tevez ditandatangani secara pinjaman untuk dua tahun pada 2007. 

Ferguson meraikan kejayaan 2008 di Moscow.
     Menjelang perlawanan akhir Champions League 2008, United adalah kuasa dominan dalam bolasepak England, menewaskan Chelsea untuk dua gelaran liga berturut-turut. Pemain berpengalaman seperti Scholes dan Giggs masih cemerlang beraksi, Van der Sar, Vidic dan Ferdinand membentuk benteng pertahanan kukuh, Carrick dan Hargreaves mengetuai bahagian midfield, sementara Rooney dan Ronaldo - dibantu oleh Tevez - turut cemerlang di jentera serangan. Dengan beberapa pemain baru dan pengalaman, United melengkapkan diri untuk berdepan gergasi Eropah yang lain.


Tahun 2011.

 
      Tiga tahun kemudian, 2011, United sekali lagi dalam tempoh peralihan. Selepas kekalahan mengecewakan kali ini, Ferguson pastinya akan berusaha untuk merubah kekalahan dan kekecewaan kepada kejayaan dalam Champions League musim akan datang.

     Buat masa ini, pasukan United terdiri daripada barisan pemain muda, kurang pengalaman tetapi penuh dengan potensi seperti David De Gea, Phil Jones dan Chris Smalling, dan pemain yang berjaya namun di penghujung karier seperti Rio Ferdinand, Ryan Giggs dan Nemanja Vidic.

Edisi 2011 - Jones, de Gea dan Young
     Sebagaimana Ferguson mengekalkan lapan pemain pasukannya enam tahun lalu, ia jelas membuktikan pengurus United ini bukanlah seorang yang melakukan perubahan mengejut dan lebih mengetahui bahawa evolusi, bukan revolusi, adalah faktor penting.

     United memiliki barisan pemain muda yang meningkat naik untuk semua posisi daripada penjaga gol David de Gea, pertahanan Jones, Smalling, Evans, kembar Da Silva dan Fryers, midfield pula seperti Cleverley, Anderson, Pogba dan Morrison manakala jentera serangan seperi Welbeck dan Hernandez.
    
     Kegagalan terkini United dalam kejohanan utama Eropah mungkin memberikan tamparan hebat buat masa ini, namun menerusi bukti, ini hanya akan menambahkan semangat pengurus Scotland yang sudah suku abad berada di Old Trafford untuk membina semula pasukannya untuk persediaan menguasai Eropah sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...