Tuesday, December 13, 2011

Gosip - United berminat dapatkan pertahanan Crystal Palace Nathaniel Clyne.

Clyne ketika menewaskan United dalam Piala Liga.
     Manchester United berminat mendapatkan pertahanan Crystal Palace defender Nathaniel Clyne sebagai pengganti Gary Neville yang bersara Februari lalu. Sir Alex Ferguson melihat Clyne sebagai jawapan kepada permasalahan United untuk posisi bek kanan.

     Pengurus United itu kagum dengan ketenangan yang ditunjukan pertahanan England bawah 21 itu dalam kemenangan mengejut Palace pada suku akhir Piala Liga di Old Trafford bulan lalu, dan bersedia membuat tawaran selepas mendengar desas-desus bahawa Newcastle, Fulham, Aston Villa dan Everton kesemuanya menunjukkan minat terhadap pemain 20 tahun itu.
     Mengisi posisi yang ditinggalkan Gary Neville selepas persaraannya terbukti tugas sukar buat Ferguson. Chris Smalling dan Phil Jones telah beraksi di posisi tersebut, tetapi kecederaan bahu dialami Rafael da Silva menjelang permulaan musim ini sangat dirasakan. Palace mungkin berminat untuk berurusan pada Januari, daripada menunggu kontrak Clyne tamat musim panas depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...