Wednesday, December 14, 2011

Darren Fletcher berehat daripada bolasepak buat sementara.

     Pemain midfield Manchester United Darren Fletcher akan berehat panjang daripada bolasepak atas sebab kesihatan. Kapten Scotland itu mengalami ulser kolitis, iaitu masalah dengan usus.

     United mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan bagaimana Fletcher menderita dengan penyakit itu tahun lalu dan sedikit masa sebelum itu.

     Kenyataan United menyebut: "Bagi pihak Darren Fletcher, Manchester United ingin mengumumkan bahawa beliau akan berehat panjang daripada bolasepak atas sebab-sebab kesihatan.

     "Sepanjang tahun lalu beliau beberapa kali dalam tempoh tertentu tidak dapat beraksi di mana kami menyatakan ia adalah disebabkan virus untuk menghormati hak kerahsiaan perubatan.

     "Darren, sebenarnya telah mengalami ulser kolitis (radang usus yang kronik) untuk beberapa waktu sebelum ini."

     United mendedahkan juga keinginan Fletcher untuk kembali ke padang beraksi telah menjejaskan kesihatannya dan beliau bersetuju berehat panjang dalam usaha untuk pulih sepenuhnya.

     Kenyataan United bersambung: "Walaupun beliau mampu mengurangkan simptom untuk tempoh yang tertentu, ini membuktikan ia lebih sukar baru-baru ini dan keinginan berterusan Darren untuk bermain dan kesetiaan kepada kelab dan negara mungkin telah mengkompromi peluang beliau untuk mengoptimakan kesihatan dan kecergasan dirinya.

     "Dengan itu beliau menerima nasihat perubatan untuk berehat panjang daripada latihan dan permainan dalam usaha mendapatkan peluang terbaik untuk pulih sekali lagi."

     Berita ini pastinya tamparan kepada United, yang sebelum ini kehilangan kapten Nemanja Vidic untuk baki musim 2011/12 apabila mengalami kecederaan lutut di Basel minggu lalu.

Apa itu ulser kolitis?

     Ulser kolitis adalah sejenis radang usus yang memberi kesan kepada usus besar (kolon) dan rektum. Punca ulser kolitis tidak diketahui. Individu yang mengalami keadaan ini mempunyai masalah imunisasi, namun ia tidak jelas samada masalah imunisasi penyebab penyakit ini.

     Kira-kira separuh daripada pesakit ulser kolitis mempunyai simptom yang sederhana. Pesakit dengan ulser kolitis yang lebih teruk cenderung untuk bertindak balas dengan ubat-ubatan. Kawalan kekal dan sepenuhnya ke atas simptom dengan ubat-ubatan adalah luar biasa. Penyembuhan hanya boleh dilakukan dengan membuang sepenuhnya bahagian usus besar. Risiko kanser kolon meningkat selepas ulser kolitis didiagnosis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...