Wednesday, December 14, 2011

Gosip - Pemain sasaran £10 juta Manchester City mahu bermain dengan Manchester United.

Mateo Kovacic (kiri) ketika menentang Real Madrid.
     Manchester City dilaporkan dalam usaha mendapatkan prospek bolasepak terhangat Croatia ketika ini, Mateo Kovacic, daripada seteru setempat Manchester United .

     Pegawai dari City telah mengadakan pertemuan dengan wakil kelab Dinamo Zagreb awal minggu ini, dan dijangka mendahului saingan mendapatkan tandatangan Kovacic.

     Walaupun perbincangan kedua pihak menunjukkan positif, bintang 17 tahun itu difahamkan lebih mengutamakan perpindahan ke United.

     Sumber memberitahu Goal.com, "Manchester City adalah satu projek yang menarik dan kelab yang besar buat Mateo. Namun buat masa ini, beliau lebih memilih untuk berpindah ke Manchester United apabila tiba masa untuk berpindah.

     "Beliau baru berusia 17 tahun jadi beliau perlu bermain dan menjadi pemain hebat."

     Kovacic dengan pantas berkembang menjadi bakat besar dan dibandingkan dengan Lionel Messi dan rakan senegara Luka Modric. Selepas membuat penampilan senior untuk Dinamo Zagreb tahun lalu pada usia 16 tahun, Kovacic menjadi sebahagian daripada pasukan utama dan juga tersenarai dalam pasukan bawah 21 Croatia.

     Sesuatu yang besar dijangkakan daripada pemain remaja sensasi ini. Pengurus Croatia bawah 17 tahun Martin Novoselac, dilaporkan berkata mengenai bakat Kovacic, "Saya tidak pernah melihat pemain muda dengan penuh bakat sebelum ini sejak Robert Prosinecki."

     Robert Prosinecki yang sekarang menjadi pengurus Red Star Belgrade, pernah bermain untuk Real Madrid dari 1991 hingga 1994 juga dalam Liga Perdana di England bersama Portsmouth untuk musim 2001/02.

     Persembahan hebat di atas padang dan juga pujian daripada pihak-pihak luar telah membawa minat kelab-kelab besar Eropah termasuk Bayern Munich dan Juventus. Dinamo memberikan nilai £10 juta, harga yang dilaporkan enggan diterima Arsenal semasa musim panas lalu kerana dirasakan terlalu mahal.

     Wakil Kovacic dan kelabnya menyedari minat yang ditunjukkan Sir Alex  Ferguson. Namun perpindahan dari Zagreb pada Januari mungkin tidak akan berlaku dan beliau dijangka kekal dengan pendahulu League 1 Croatia sehingga hujung musim. Perpindahan ke Liga Perdana tidak mustahil dengan Old Trafford kemungkinan besar menjadi destinasi.

*United mendahului persaingan mendapatkan 'The Next Luka Modric'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...