Thursday, December 15, 2011

Gosip - Federico Macheda bakal dipinjamkan pada Januari.

     Agen Federico Macheda, Giovanni Bia telah mengesahkan penyerang Itali itu bakal meninggalkan Manchester United secara pinjaman.

     Pemain 20 tahun itu hanya dihadkan kepada dua penampilan daripada bangku simpanan dalam liga musim ini. Beliau juga turun dalam kesebelasan utama ketika kekalahan kepada Crystal Palace dalam Piala Liga Carling dan juga penyingkiran daripada Champions League di Basel.

     Agennya mengakui beliau memerlukan lebih masa dalam kesebelasan utama, dan bakal dipinjamkan - selepas bersama Sampdoria musim lalu.

     "Saya telah bercakap dengan (Sir Alex) Ferguson minggu lalu: Saya fikir Federico akan bermain di tempat lain Januari ini," Bia memberitahu Sportal.

     "Beliau tidak boleh meneruskan aksi hanya 15 atau 20 minit, beliau perlu mencari lebih banyak ruang (untuk bermain).

     "Terdapat permintaan, tetapi bukan dari Itali. Dalam minggu pertama Januari kami akan menilai permintaan dan cadangan yang kami terima.

     "Pemergian Macheda, bagaimanapun, tiada kaitan dengan penyingkiran United daripada Champions League."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...