Saturday, December 17, 2011

Blast from the Past - Imbasan perlawanan liga terakhir QPR dengan Manchester United di Loftus Road.

QPR vs Manchester United 1-1, 16 Mac 1996, Liga Perdana, Loftus Road.

Cantona dan Ferguson meraikan Double pada 1995/96
     Perlawanan ini dianggap penting buat kedua pasukan dengan tuan rumah bergelut dengan penyingkiran manakala United masih bersaing dengan Newcastle untuk merebut takhta liga.

     Pada separuh masa pertama, United menguasai permainan, mencipta peluang demi peluang, sebagaimana dijangka kepada pasukan yang menang 10 perlawanan sebelum ini menentang pasukan yang hanya menang satu daripada 10 perlawanan dan bergelut untuk mengelak daripada tersingkir.

     Ia seolah-olah tidak dapat dibayangkan sekira United gagal, apatah lagi dengan insentif untuk berada di puncak liga sekiranya menang ataupun seri, dengan Newcastle hanya akan bermain pada hari Isnin.

     Setelah bermain dua perlawanan lebih daripada Newcastle, tewas pastinya tamparan yang hebat buat United, atau mungkin lebih dahsyat. Andy Cole, David Beckham, Ryan Giggs dan Roy Keane kesemuanya terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol, dengan Cole dua kali.

Ian Holloway
     QPR memiliki beberapa pemain yang hebat seperti Danny Dichio, Simon Barker dan Ian Holloway, sekarang pengurus Blackpool. Keane dan Brian McClair bergelut untuk mengemudi midfiled dengan Rangers mengawal bola daripada segenap sudut.

     Pada masa kedua Rangers mula mengambil kesempatan atas beberapa kesalahan mudah pemain United yang dilihat semakin lesu. Tidak mengejutkan apabila Rangers tiba-tiba memecah kebuntuan, dengan cubaan Dichio hasil hantaran Holloway daripada luar kotak penalti cuba ditanduk keluar Denis Irwin namun menerjah masuk ke gawang sendiri.

     Pemain United kelihatan terkejut dan hilang arah. Mereka mempercepatkan tempo permainan dan melancarkan serangan demi serangan, namun sekali lagi terlepas beberapa peluang. Nicky Butt, Paul Scholes dan Lee Sharpe masuk sebagai pemain gantian namun kesilapan mudah masih berlaku tetapi sekurang-kurangnya rentak permainan bertukar dengan Schmeichel juga naik ke atas membantu.

     Penyokong Rangers mula resah dengan pendahuluan 1-0 dilihat goyah dan terdesak meniup wisel supaya pengadil menamatkan perlawanan. Kemudian pertahanan tengah Steve Bruce naik ke atas berada dalam kawasan lawan, memenangi bola dan memberikannya kepada Giggs yang berada di sebelah kiri luar kotak penalti tuan rumah. Hantaran kaki kiri ke hujung gol QPR ditanduk Eric Cantona dan menerjah jaring. Kedudukan sekarang terikat 1-1 dalam masa kecederaan. Penyokong Rangers benar-benar mengamuk dan ada yang hampir mahu masuk ke padang.

     United akhirnya mendapat satu mata penting pada saat-saat akhir perlawanan, terima kasih kepada Eric Cantona, walaupun pujian seharusnya diberi kepada usaha Bruce dan Giggs dalam menghasilkan gol sebagai bukti semangat berpasukan dan meletakkan United di persada liga. Ini adalah kali pertama dalam musim ini United berkedudukan teratas, dan ia adalah rasangan psikologi yang besar kepada pemain-pemain muda terutamanya.

Cantona (kiri) dengan gol pada Piala FA.
     Masih terdapat liku-liku dalam saingan liga namun United tahu mereka dalam laluan sebenar untuk kejayaan besar. United muncul juara dengan mengatasi saingan terdekat Newcastle dengan empat mata walaupun pada suatu ketika mengekori kelab Toon Army dengan 12 mata. Lebih hebat lagi United menewaskan seteru tradisi Liverpool pada perlawanan akhir Piala FA menerusi jaringan tunggal Cantona untuk bergelar juara Double buat kali kedua selepas 1993/94.

     Namun nota sedih musim ini adalah QPR akhirnya tersingkir daripada Liga Perdana bersama Manchester City dan Bolton Wanderers. Selepas 15 tahun, para penyokong kedua pasukan sekali lagi akan diketemukan pada Ahad ini dan berpeluang untuk menyelesaikan 'urusan' yang tertangguh di Loftus Road.

* VIDEO - QPR vs Manchester United

* Perebutan gelaran liga musim 1995/96 antara Manchester United dan Newcastle

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...