Saturday, December 17, 2011

Manchester United diundi bertemu Ajax dalam UEFA Europa League.

     Manchester United bakal berdepan Ajax dalam pertemuan menarik pusingan 32 pasukan Europa League. Perlawanan pertama akan diadakan di Amsterdam ArenA pada Khamis 16 Februari, (sepak mula 02.00 AM waktu Malaysia), dengan perlawanan kedua di Old Trafford pada Khamis berikutnya 23 Februari (sepak mula 04.05 AM waktu Malaaysia).


     United diundi bertemu gergasi bolasepak Belanda itu semalam, yang juga merupakan ulangan perlawanan Piala UEFA pada 1976 apabila selepas ketinggalan 1-0 di tempat lawan diubah kepada kemenangan 2-0 pada perlawanan kedua di Manchester.

     Gelanggang Ajax bukanlah sesuatu yang luar biasa buat United, yang juga pernah menyertai kejohanan pra-musim Amsterdam Tournament untuk empat kali, memenanginya pada 2006, dan perlawanan testimonial Edwin van der Sar pada Ogos lalu juga diadakan di sana.

     "Ajax adalah pasukan yang hebat dan saya belum pernah berdepan mereka dalam perlawanan kompetitif Eropah," pengurus United memberitahu ManUtd.com. "Saya tidak sabar untuk perlawanan ini."

     Pasukan yang dibimbing lagenda Belanda Frank De Boer mempunyai bakat-bakat muda yang hebat, juga pernah memenangi Piala Eropah/Champions League sebanyak empat kali, Piala European Cup-Winners dan Piala UEFA Cup sekali. Pemenang perlawanan ini akan bertemu samada Lokomotiv Moscow atau Athletic Bilbao pada pusingan 16 pasukan.

     Sementara itu dua lagi kelab England Manchester City berdepan juara bertahan Porto dan Stoke City akan bertemu Valencia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...