Friday, December 16, 2011

Wayne Rooney mahu memenangi Europa League.

Rooney bersama trofi Europa League.
     
     Penyerang Manchester United Wayne Rooney telah menetapkan sasaran untuk memenangi trofi Europa League. United akan bermain dalam kejohanan kedua bolasepak Eropah pada tahun hadapan selepas tersingkir daripada Champions League di Basel minggu lalu.

     Walaupun ia jelas mengejutkan buat kelab yang telah bermain dalam tiga perlawanan akhir dalam empat tahun Champions League, Rooney tidak mahu menyentuh mengenai kekecewaan tersebut. Pemain 26 tahun itu berazam mahu mengatasi segala cabaran yang tinggal musim ini, di samping mempertahankan gelaran liga.

     Apabila ditanya samada beliau tidak sabar untuk beraksi dalam Europa League, Rooney berkata: "Sudah tentu. Ia amat memalukan selepas tersingkir daripada Champions League. Itu sahaja (kejohanan) yang kami mahu bermain. Malangnya kami terkeluar dan sekarang kami perlu tumpukan kepada Liga Perdana dan Europa League.

     "Saya tidak rasa pengurus (Sir Alex) pernah memenangi Europa League (dahulunya Piala UEFA), jadi saya yakin beliau mahu memenanginya. Setiap kejohanan kami sertai, kami mahu menang. Terdapat pasukan-pasukan hebat namun kami perlu percaya, terus berusaha dan berharap kami dapat memenanginya."

     United bangkit daripada kekalahan di Switzerland dengan menewaskan Wolves 4-1 minggu lalu tetapi kecederaan serius kepada Nemanja Vidic dan ketiadaan secara tiba-tiba Darren Fletcher sedikit sebanyak menjejaskan semangat pasukan. Vidic akan berehat sepanjang baki musim ini akibat kecederaan ligamen lutut manakala Fletcher berehat untuk tempoh yang belum ditetapkan untuk pulih daripada ulser kolitis.

     Rooney menambah: "Kedua pemain sangat penting buat kami. Nemanja adalah kapten pasukan dan beliau adalah pertahanan yang hebat. Namun pemain-pemain lebih muda juga beraksi cemerlang.

     "Ia juga sama dengan Darren, – beliau pemain dan individu yang baik. Diharapkan beliau segera sembuh dan kembali dengan lebih hebat dalam pasukan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...