Tuesday, December 20, 2011

Gosip - Manchester United sasar dapatkan pemain midfield Newcastle Cheik Tiote.

Tiote meraikan gol penyamaan dengan Arsenal
     Pegawai bakat Manchester United menyaksikan aksi pemain midfield Newcastle midfielder Cheik Tiote hujung minggu lalu.

     Sir Alex Ferguson difahamkan sedang menimbangkan beberapa pemain midfield termasuk pemain Benfica Nicolas Gaitan, Mario Gotze dari Borussia Dortmund dan Christian Eriksen dari Ajax.
Dan United adalah kelab terbaru yang dikaitkan dengan pemain Ivory Coast ini.

     Seteru tradisi United, Liverpool juga menyatakan minat mendapatkan pemain yang bernilai £25 juta ini, sementara Chelsea juga sudah menunjukkan minat sebelum ini. Newcastle menafikan bahawa mereka akan menjual bintang mereka pada perpindahan Januari.
Christian Eriksen
    
     Sementara itu pembantu jurulatih Manchester United Rene Meulensteen mengakui pemain midfield Ajax Christian Eriksen adalah pemain yang di bawah perhatian United.

     Dengan jumlah kecederaan pemain yang meningkat termasuk ketiadaan Darren Fletcher, difahamkan Sir Alex Ferguson bakal sibuk menjelang tempoh perpindahan bulan depan.

     Eriksen juga disenaraikan sebagai calon buat United, dengan ramai berpendapat pemain antarabangsa Denmark yang berusia 19 tahun ini merupakan prospek terhangat masa depan.

     "Ini adalah pemain dalam perhatian kami," Meulensteen memberitahu Voetbal International.

     "Namun itu sudah dijangka. Jika tidak dikaitkan (dengan mana-mana pemain), tiada siapa yang akan memberi pandangan dan pendapat mengenai pemain ini.

     "Memang benar pemain seperti Eriksen sesuai dengan polisi perpindahan kami.

     "Beliau dikaitkan dengan kami, tetapi untuk mencadangkan bahawa kami akan bertindak (perpindahan) adalah tidak benar."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...