Wednesday, December 21, 2011

Luis Suarez digantung lapan perlawanan dan denda.

     Penyerang Liverpool Luis Suarez dikenakan hukuman berat oleh Football Association (FA) England berikutan kenyataan perkauman keatas pertahanan United Patrice Evra.

     Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda  £40,000 oleh FA. Beliau didapati bersalah atas salahlaku selepas Evra menuduh pemain antarabangsa Uruguay itu menghina beliau dengan kata-kata berunsur perkauman semasa perlawanan liga kedua pasukan di Anfield 15 Oktober lalu.

     Penyerang Liverpool itu boleh membuat rayuan terhadap hukuman yang tidak pernah dikenakan sebelum ini dan penggantungan hanya akan berkuat kuasa selepas keputusan rayuan diumumkan.

     Liverpool diberikan 14 hari daripada tarikh penerimaan surat bertulis FA yang menyatakan sebab-sebab hukuman dikenakan untuk mengemukakan rayuan, dengan penggantungan hanya akan bermula selepas tempoh ini berakhir.

     Evra memberitahu French TV bahawa beliau menjadi mangsa kata-kata berunsur perkauman oleh Suarez sebanyak 10 kali semasa perlawanan dan tiga ahli panel Suruhanjaya Bebas Pengawalseliaan yang dilantik FA telah mendapati penyerang Liverpool itu bersalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...