Tuesday, December 20, 2011

Did you know? - James William Gibson selamatkan Manchester United 80 tahun lalu.

James W. Gibson
     Pemain-pemain United mendapat hadiah Krismas lebih awal hari ini pada 80 tahun lalu. Durian runtuh bernilai £2,000 tunai dan ayam belanda untuk para pemain dalam era 1930an adalah hasil daripada rayuan bersejarah yang menyelamatkan United daripada muflis dan di ambang 'kepupusan'. Pada Disember 1931, United dalam bahaya untuk gulung tikar dan hilang selamanya.

     Pemilik United sebelum itu, John Henry Davies meninggal dunia pada 1927 selepas 25 tahun bersama kelab. United memenangi Piala FA dan dua gelaran liga pada 10 tahun pertama dan selepas kematian Davies, mereka (United) mempunyai reputasi seperti yo-yo, kerap kali turun naik antara divisyen satu dan dua.

     United dibebani hutang dan lembaga pengarah kelab tidak memiliki simpanan tunai walaupun untuk membayar gaji pemain. Tekanan ekonomi disebabkan perang dunia telah melanda England dan juga Old Trafford khususnya.

      United sebelum ini telah menikmati tahun-tahun gemilang, namun saingan setempat City yang lebih menonjol dan menempa nama di bandar Manchester dan sebaliknya United terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan. Setelah mendapat tahu para pemain United tidak akan dibayar gaji mereka, penulis sukan Stacey Lintott bertemu usahawan Salford James Gibson untuk memberitahu mengenai nasib United.
    
     Gibson adalah peminat sukan yang juga pengeluar seragam ketenteraan – Briggs, Jones & Gibson – semakin berkembang maju. Setiausaha United Walter Crickmer – yang pada masa itu menjadi pengurus sementara United -  berkunjung ke rumah Gibson di Hale Barns. Gibson bersetuju mendermakan sejumlah £2,000 untuk membayar gaji pemain dan pegawai hingga pertengahan Januari.

     Masih terdapat lebihan tunai untuk bintang-bintang United meraikan Krismas. Sebagai syarat perjanjian,  JW Gibson mengambil alih jawatan pengerusi, membantu kewangan kelab dan menjadi penjamin dengan pihak bank walaupun mengetahui risiko yang diambil.

     United akhirnya diselamatkan, dan dermawan Gibson akhirnya telah melaburkan £30,000 daripada wang sendiri untuk membantu United menjadi kelab paling terkenal dunia. Namun kelab masih mempunyai gadai janji sebanyak £25,000 dan tiada peruntukan untuk sebarang perpindahan pemain. Maka dengan desakan untuk mendapatkan pemain baru, Gibson dan Crickmer mengeluarkan idea untuk menubuhkan akademi melahirkan pemain-pemain muda dan tertubuhlah Manchester United Junior Athletic Club (MUJAC).

     Gibson mendapatkan hak penyewaan padang Old Broughton Rangers Rugby, yang kemudiannya menjadi tempat latihan Cliff, di mana bintang-bintang muda United di masa depan digilap. Pasukan remaja memenangi Chorlton Amateur League pada 1939, menjaringkan 223 pada musim itu. Idea penubuhan  MUJAC adalah pencetus kepada Busby Babes.

Gibson bersama isteri melancarkan gerabak ke OT.
     Gibson juga memujuk Midland Railway, yang mengendalikan keretapi dari Manchester Central Station ke London St Pancras untuk berhenti di stesen Old Trafford pada hari perlawanan, menjadikan ia kemudahan buat para penyokong untuk ke stadium. Kehadiran ke stadium perlahan-lahan meningkat. Pandangan jauh dan keupayaan memahami karektor Gibson menyaksikan United melantik bekas pemain Liverpool dan City, Matt Busby sebagai pengurus di Old Trafford selepas perang dunia.

     Apabila Old Trafford musnah akibat serangan udara tentera Jerman pada 11 Mac 1941, beliau juga membiayai pembinaan semula stadium yang siap sepenuhnya pada 1949, dan memulakan akademi remaja United yang menghasilkan pasukan hebat Busby Babes pada pertengahan 1950an.

     Sejurus tamat Perang Dunia Kedua, beliau melantik Matt Busby sebagai pengurus, namun hanya sempat hidup untuk melihat Busby membawa satu trofi utama ke Old Trafford – Piala FA 1948. Beliau meninggal dunia pada 1951, setahun sebelum United menjuarai liga musim 1951/52, gelaran liga pertama sejak 1911. Gibson juga tidak sempat menyaksikan revolusi Busby Babes pada penghujung 1950an.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...