Saturday, December 3, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Aston Villa.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Aston Villa hujung minggu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik kedua pasukan.

5. Manchester United vs Aston Villa 1-3, 27 Mac 1994, Akhir Piala Liga, Wembley.

Ron Atkinson bekas pengurus United dengan Dalian Atkinson.
     Impian Manchester United untuk kejayaan treble musnah apabila mereka ditewaskan oleh  Aston Villa yang sekaligus menempah tempat dalam Piala UEFA musim depan dan berhak bergelar juara Piala Liga.

     Kemenangan itu amat manis terutama buat Ron Atkinson, pengurus Villa yang selepas dipecat oleh United pada 1986, juga mengemudi Sheffield Wednesday menjuarai Piala Liga mengalahkan bekas kelabnya tiga tahun lalu.

     Taktik Atkinson sangat berkesan dengan meletakkan Dean Saunders sebagai penyerang tunggal, dengan lima pemain midfield dan Graham Fenton sedikit kebelakang untuk mengekang United. Namun peranan penting diberikan kepada Dalian Atkinson. Villa di depan pada minit ke-25 apabila Andy Townsend menghantar bola kepada Dean Saunders sebelum melorong kepada Atkinson untuk menewaskan Les Sealey, bermain untuk posisi Peter Schmeichel yang digantung perlawanan.

     Lima minit berselang menerusi sepakan percuma Richardson, Saunders menjaringkan gol dengan kaki kiri melepasi jangkauan Sealey. Dengan baki tujuh minit United bangkit untuk mengurangkan jurang gol apabila Mark Hughes mudah menyempurnakan hantaran Roy Keane. United meneruskan serangan namun counter-attack oleh Villa dengan cubaan Daley terkena tiang sebelum Atkinson yang membuat cubaan balas dan terkena tangan Kanchelskis. Beliau dikenakan kad merah dan Saunders menyempurnakan sepakan penalti untuk keputusan 3-1.


4. Aston Villa vs Manchester United 2-3, 06 Jan 2002, Pusingan 3 Piala FA, Villa Park.

Van Nistelrooy
     Ruud van Nistelrooy melenyapkan harapan bekas penjaga gol United Peter Schmeichel dengan mempamerkan kebolehan menjaringkan gol apabila Manchester United melengkapkan kebangkitan epik di Villa Park.

     United ketinggalan dengan 2-0 dan dilihat akan tersingkir daripada Piala FA apabila pemain Belanda itu menjadi penyelamat United daripada bangku simpanan. Dalam masa lima minit kelebihan dua gol Villa telah ditukar sebaliknya. Gol pertama United dijaringkan Ole Gunnar Solskjaer dan kemudian Van Nistelrooy melengkapkan perlawanan Piala FA pertamanya dengan dua gol dalam tempoh dua minit untuk mengecewakan Schmeichel.



3. Manchester United vs Aston Villa 0-1, 12 Dis 2009, Liga Perdana, Old Trafford.

Agbonlahor menanduk masuk gol tunggal Villa
     Aston Villa menamatkan penantian 26 tahun untuk menewaskan Manchester United dalam perlawanan liga di Old Trafford dan meletakkan mereka di tangga ke-3 liga. Gabriel Agbonlahor menanduk masuk gol tunggal perlawanan hasil hantaran Ashley Young.

     Cubaan Wayne Rooney terkena bahagian bawah palang gol sementara Ryan Giggs juga hampir menjaringkan gol. Tandukan Nemanja Vidic sebelum itu dikeluarkan di garisan gol dan Brad Friedel menafikan cubaan Dimitar Berbatov dengan Villa bertahan untuk kejayaan bersejarah ini. Kali terakhir Villa menewaskan United pada tahun 1999, dalam perlawanan Piala Liga, dan ini adalah kali pertama Villa mengutip tiga mata penuh daripada pasukan Sir Alex Ferguson di Old Trafford sejak 1983.


2. Aston Villa vs Manchester United 0-3, 23 Dis 2006, Liga Perdana, Villa Park.

Paul Scholes dengan volley untuk gol kedua.
     Manchester United kembali mendapatkan rentak kemenangan dengan kejayaan bergaya di Aston Villa. Tuan rumah tidak bernasib baik apabila tandukan Craig Gardner terkena tiang sebelum United menguasai perlawanan sepenuhnya.

     Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan dengan larian solo hebat sebelum Paul Scholes membuat sepakan volley daripada jarak 25 ela. United, yang bermain dengan Wayne Rooney dibangku simpanan, menambah gol ketiga apabila Ronaldo mudah menjaringkan gol hasil lorongan Gary Neville.


1. Manchester United vs Aston Villa 3-2, 05 Apr 2009, Liga Perdana, Old Trafford.

Macheda menjaringkan gol kemenangan.
     Federico Macheda menjaringkan gol kemenangan minit akhir dengan Manchester United kembali ke persada Liga Perdana.   Pemain gantian 17 tahun itu menggelecek pertahanan Villa dan melencongkan bola kepenjuru kiri gol untuk penampilan pertama pasukan utama yang menakjubkan.

     Cristiano Ronaldo sebelum itu membuka jaringan menerusi sepakan percuma selepas kesalahan hantaran kebelakang James Milner, sebelum John Carew menanduk masuk gol penyamaan. Gabriel Agbonlahor meletakkan Villa di depan buat pertama kali namun Ronaldo sekali lagi menyelamatkan United untuk menjadikan kedudukan 2-2. Macheda muncul hero baru Old Trafford apabila menerima umpanan Ryan Giggs sebelum memperdaya pertahanan Villa untuk melencongkan bola menewaskan penjaga gol Brad Friedle. United memintas Liverpool untuk tangga teratas kedudukan liga dan perlawanan ini menjadi titik tolak kejayaan United kekal menjadi juara liga musim 2008/09.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...