Sunday, December 4, 2011

Javier 'Chicharito' Hernandez terpaksa berehat sebulan.

Chicharito alami kecederaan awal perlawanan.
     Javier Hernandez bakal terlepas jadual sibuk sepanjang Krismas selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali semasa kemenangan 1-0 United ke atas Aston Villa, Sabtu lalu.

     Pemain Mexico itu tersadung dan jatuh pada awal babak pertama di Villa Park, menyebabkan tambahan masa kecederaan yang panjang dan diusung dengan keluar daripada padang.

     Bercakap selepas perlawanan, Sir Alex Ferguson mengesahkan berita mengenainya dan membayangkan dilema yang bakal dihadapinya untuk memilih barisan pemain menjelang perlawanan penting Rabu ini dengan Basel dalam Champions League.

     "Saya rasa ia adalah kecederaan ligamen buku lali dan beliau terpaksa diketepikan untuk empat minggu," Ferguson berkata. "Kami tidak bernasib baik dengan masalah kecederaan buat masa ini namun itulah sebabnya kami mempunyai pasukan yang kuat.

     "Danny Welbeck cergas kembali dan telah mendapat 15 minit perlawanan dengan Villa, jadi beliau menjadi pilihan Rabu nanti. Beliau banyak tidak beraksi sebelum ini dan saya perlu mempertimbangkannya.

     "Namun Nani beraksi baik di bahagian tengah manakala Valencia juga cemerlang selepas masuk menggantikan Chicharito. Jadi saya ada pilihan untuk bahagian serangan. Kami juga mungkin dapat menurunkan Berbatov Rabu ini, dan kami menghadapi masalah kecederaan ketika ini."

     Hernandez menyertai Tom Cleverley, Michael Owen, Anderson dan kembar Da Silva dalam senarai kecederaan dan bakal terlepas beberapa perlawanan penting semasa tempoh Krismas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...