Monday, December 5, 2011

Manchester United diundi bertemu Manchester City dalam Piala FA.

Ronaldo dan Van Nistelrooy bersama Piala FA terakhir United pada 2004
     United telah diundi bertemu dengan seteru setempat yang juga juara bertahan Piala FA Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA musim ini. Kedua pasukan akan beraksi di Etihad Stadium pada hujung minggu 7 atau 8 Januari 2012.

     Ini merupakan pertemuan kesembilan kedua pasuakan dalam kejohanan ini dengan United mendahului dengan lima kemenangan berbanding City dengan tiga.
     Kedua pasukan bertemu di tempat City dalam kejohanan ini ialah pada musim 1954/55 apabila City menang 2-0 pada pusingan keempat.

     Kali terakhir mereka bertemu ialah pada musim lalu pada peringkat separuh akhir di Wembley yang mana dimenangi City dengan 1-0 dan terus menewaskan Stoke City dengan jaringan yang sama pada perlawanan akhir untuk menamatkan penantian 35 tahun merasai nikmat trofi utama.

     Pertahanan United Rio Ferdinand menulis dalam twitternya "Perlawanan hebat untuk memulakan kempen Piala FA tahun ini, tak sabar menunggu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...