Friday, December 2, 2011

Alex Ferguson mungkin ketepikan beberapa pemain yang tewas dalam Piala Carling.


Berbatov gagal beraksi cemerlang.

     Sir Alex Ferguson bersedia mengenepikan beberapa pemain selepas pasukan muda United tewas mengejut 1-2 kepada Crystal Palace dalam Piala Liga Carling dan bimbang pasukannya kurang kekuatan untuk mempertahankan kejuaraan liga.

     Kekalahan dalam masa tambahan di Old Trafford itu menafikan tempat United ke separuh akhir dan mungkin akan mengakibatkan masa depan beberapa pemain dipersoalkan, berdasarkan maklum balas Ferguson.


     Pengurus United itu memohon maaf kepada penyokong-penyokong selepas perlawanan dan mengarahkan pasukannya menjalani latihan tambahan, kerana beliau menimbangkan implikasi daripada persembahan hambar anak buahnya.

     Setelah gusar dengan prestasi terkini pasukan utama, kekalahan pada Rabu lalu meninggalkan beliau dengan tiada pilihan lain selain mengakui kurangnya pemain-pemain yang mampu mengambil tempat pasukan utama untuk menyaingi Manchester City dipersada liga.

     Ferguson tidak gentar untuk bertegas dengan pemainnya yang tidak beraksi dengan sepatutnya dalam Piala Liga. Empat tahun lalu United disingkirkan oleh Coventry di Old Trafford dan beberapa pemain tidak pernah kembali ke prestasi yang diperlukan. Daripada 14 pemain pada perlawanan tersebut, sembilan telah meninggalkan United sementara Tomasz Kusczak diketepikan hingga kini.

     Pasukan Ferguson sekali lagi tewas kepada West Ham setahun lalu dan empat pemain daripada pasukan dalam perlawanan itu telah meninggalkan Old Trafford. Ini mungkin petanda buruk buat pemain seperti Federico Macheda, 20 tahun, dan pemain Senegal Biram Diouf, 23 tahun.
 
     Juga terdapat kebimbangan mengenai kemampuan Paul Pogba yang mungkin tidak akan mencapai potensi sebenarnya dan mungkin dipinjamkan pada Januari atau terus meninggalkan United secara kekal untuk membuka ruang kepada pemain baru. Pemain lain seperti Tomasz Kuszczak, Darron Gibson dan Dimitar Berbatov juga belum pasti akan kekal bersama United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...