Thursday, December 1, 2011

Jonny Evans - Kami perlu teruskan cabaran.

Jonny Evans ketika menentang Palace.
     Dengan jadual perlawanan yang semakin ketat, Jonny Evans menegaskan United perlu teruskan dan bangkir secepat mungkin daripada kekalahan dalam Piala Liga Carling kepada Crystal Palace.

     Evans, yang menjadi kapten dalam penampilan ke-100 beliau untuk United, berkata semua pemain mahu melupakan kekalahan di Old Trafford semalam.

      "Kami sangat kecewa kerana tidak dapat ke separuh akhir," beliau memberitahu MUTV.

     "Saya fikir selepas kami menjaringkan gol kami akan terus menyerang dalam mencari gol kemenangan. Dan pada masa pertama masa tambahan dengan bermain ke arah Stretford End, saya fikir kami ada peluang untuk menjaringkan gol kemenangan.


     "Namun mereka sebaliknya membalas serangan dan menjaringkan gol. Kami memiliki penguasaan bola tetapi tidak mampu memecah benteng mereka.
    
    "Perlawanan makin banyak dan tiada jurang masa yang banyak antara perlawanan dan pengurus perlukan pasukannya untuk bersedia. Jadi kami perlu bangkit segera dan mengharapkan kemenangan Sabtu ini (di Villa Park).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...