Wednesday, November 30, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Crystal Palace.

     Menjelang pertemuan dalam Piala Liga antara kedua pasukan kita imbas top 5 pertemuan United dengan Crystal Palace dalam semua kejohanan.

5. Manchester United vs Crystal Palace 4-2, 18 Nov 1970, Pusingan 5 Piala Liga, Old Trafford.

Brian Kidd
     Musim 1970/71 menyaksikan permulaan buruk United dalam liga dengan hanya lima kemenangan daripada 17 perlawanan. Namun dalam saingan Piala Liga, United yang sebelumnya menewaskan Aldershot, Portsmouth dan Chelsea, menanti kunjungan Palace.

     Terdahulu dalam perlawanan liga menentang Palace pada 10 Oktober, United tewas tipis 1-0 di Old Trafford. Namun keputusan perlawanan ini memihak United dengan mencatat kemenangan 4-2. Gol-gol United dijaringkan oleh Brian Kidd dengan dua gol manakala Bobby Charlton dan Fitzpatrick masing-masing dengan satu gol.


     Sungguhpun laluan United berakhir pada peringkat separuh akhir apabila tewas di tangan Aston Villa, Kidd muncul pemain United yang menjaringkan gol terbanyak Piala Liga dengan lima gol.


4. Crystal Palace vs Manchester United 3-5, 17 Apr 1971, Liga Divisyen Satu, Selhurst Park.

George Best (kiri) dan Denis Law
     Selepas tewas pada perlawanan pertama liga dengan Palace di Old Trafford, United berkunjung ke Selhurst Park dengan rekod hanya dua kemenangan daripada lima perlawanan liga terakhir.

     United bernasib baik kali ini apabila berjaya pulang dengan mata penuh apabila menewaskan Palace 5-3, dengan Denis Law menjaringkan hatrik sementara George Best dengan dua gol. Best muncul penjaring terbanyak United dengan keseluruhan 21 gol berbanding Law 16 gol, namun United hanya mampu menamatkan musim di tempat ke-8 sementara  Arsenal juara liga.



3. Manchester United vs Crystal Palace 3-3, 12 Mei 1990, Akhir Piala FA, Wembley.

Ian Wright menjaringkan gol penyamaan.
     Kedua pasukan terlibat dengan perlawanan dramatik di peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir juga bermula dengan corak yang sama. Pada minit ke-17 minutes, Crystal Palace di depan apabila Gary O'Reilly menanduk masuk sepakan percuma. Manchester United menyamakan kedudukan pada minit ke-35 apabila hantaran Brian McClair ditanduk masuk kapten Bryan Robson. Kedudukan terikat 1–1 sehingga rehat separuh masa.

     Pada separuh masa kedua, United di depan apabila hantaran Neil Webb menemui Mark Hughes yang merembat kencang ke penjuru gol. Pengurus Palace, Steve Coppell membuat penukaran pemain dengan memasukan Ian Wright, yang memberikan impak segera dengan memperdayakan dua pertahanan United sebelum menjaringkan gol melepasi penjaga gol United Leighton dan kedudukan terikat 2–2.

     Tambahan masa diperlukan untuk dua perlawanan akhir berturut-turut (sebelum ini Liverpool mengalahkan Everton selepas masa tambahan pada akhir 1989) dan Palace terlebih dahulu menjaringkan gol apabila John Salako melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol United dan membenarkan Wright membuat sepakan volley untuk gol kedua peribadi. Dengan kedudukan 3–2 untuk Crystal Palace, namun jaringan belum berakhir. Wallace membuat hantaran kepada Hughes yang tenang menjaringkan gol dari sudut sukar melepasi penjaga gol Palace Martyn yang meluru keluar daripada posisinya dan menjadikan kedudukan 3–3. Perlawanan ulangan diadakan lima hari kemudian dan United muncul juara.


2. Crystal Palace vs Manchester United 3-0, 11 Mei 1991, Liga Divisyen Satu, Selhurst Park.

Mark Hughes
     United menang 2-0 pada perlawanan di Old Trafford dan Palace berpeluang membalas kekalahan tersebut di laman sendiri. United berkunjung ke Sekhurst Park selepas kekalahan 1-3 kepada Arsenal lima hari sebelumnya.

     Akhirnya sekali lagi United bolos tiga gol apabila Palace menang 3-0. Sungguhpun hanya menduduki tempat keenam liga namun United masih memperolehi trofi musim ini apabila berjaya menewaskan Barcelona 2-1 dalam perlawanan akhir Cup Winner's Cups.


1. Manchester United vs Crystal Palace 5-2, 18 Dis 2004, Liga Perdana, Old Trafford.


     Manchester United bangkit sebanyak dua kali namun akhirnya berjaya menewaskan Crystal Palace dengan bergaya. Wayne Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti namun Paul Scholes berjaya menjaringkan gol untuk meletakan United di depan.

     Danny Granville kemudiannya menjaringkan gol penyamaan buat Palace sebelum Alan Smith dan Joonas Kolkka menanduk masuk gol untuk pasukan masing-masing untuk mengikat kedudukan 2-2. Jaringan sendiri Emmerson Boyce, jaringan hebat kedua Scholes dan sepakan kencang John O'Shea melengkapkan keputusan perlawanan dan meletakan United sembilan mata daripada pendahulu liga Chelsea.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...