Wednesday, November 30, 2011

Ryan Giggs - The Living Legend.

     Ryan Giggs genap 38 tahun semalam 29 November, dan tiada apa perlu dipersoalkan mengenai pemain kelahiran Wales ini akan diingati sebagai pemain paling penting dan hebat di Old Trafford apabila beliau mengambil keputusan untuk bersara.

     Sekiranya anda mengikuti United sejak Giggs membuat penampilan pertamanya pada Mac 1991, anda akan bersetuju dengan kenyataan di atas; jika anda mula menyokong United pada pertengahan 1990an, anda mempunyai idea yang kukuh bagaimana hebatnya Giggs; dan sekiranya anda hanya menonton beliau dalam masa 10 tahun kebelakangan ini pastinya anda akan bersetuju bahawa beliau adalah pemain United yang terbaik antara yang terbaik.

     Bekas pengurus Manchester United Ron Atkinson pernah mengakui kewujudan Ryan Giggs membuatkan anda percaya bahawa adanya dewa bolasepak (football god). Giggs adalah satu-satunya pemain yang tidak perlukan kata-kata pujian untuk menggambarkan kemampuan dan kebolehannya. Pencapaiannya dalam bolasepak tiada tandingan. Beliau membuat lebih penampilan dan memenangi lebih banyak trofi dan pingat berbanding mana-mana pemain United dalam sejarah kelab.
    
     Sementara itu Wayne Rooney juga menghamburkan kata-kata pujian rakan pasukannya dan mencadangkan pihak pengurusan United perlu membina replika patung Giggs di luar Old Trafford.

Replika Best, Law dan Charlton.
     "Jika ada pemain yang telah bermain lebih 20 ke 25 tahun yang berhak mendapat replika patung di luar stadium, dia adalah Ryan Giggs, kerana apa yang Giggsy telah lakukan adalah menakjubkan," kata Rooney. "Beliau membuat penampilan pertama pada usia 17 tahun dan masih bermain di tahap tertinggi selepas 21 tahun adalah pencapaian hebat. Beliau sangat hebat bagi kelab ini dan masih beraksi dengan baik pada usia beliau adalah luar biasa. Giggsy adalah contoh hebat untuk kelab, cara beliau berlatih, cara beliau membuat persediaan dan melihat beliau bekerja keras setiap hari adalah istimewa."

     Buat masa ini terdapat replika patung Sir Matt Busby di luar Old Trafford dan satu untuk Sir Alex Ferguson dalam perancangan. George Best, Denis Law dan Sir Bobby Charlton, kesemuanya pemenang Ballon d’Or, menjadikan replika patung Holy Trinity. Sekiranya Giggs akan mendapat replika beliau sendiri, bayangkan ia adalah bersama dengan Gary Neville dan Paul Scholes, yang juga pemain yang menhabiskan karier bolasepak mereka bersama United.

* Giggs menyertai United dari City.
* A Celebration of Ryan Giggs. (sumber ESPNStar.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...