Tuesday, November 29, 2011

Alex Ferguson - Paul Pogba bakal diturunkan menentang Crystal Palace.

     Menjelang perlawanan Piala Liga Rabu ini menentang Crystal Palace, Sir Alex Ferguson telah mengesahkan United akan menurunkan barisan pemain muda seperti biasa dilakukannya sebelum ini.
    
     Palace yang berada di tangga ke-10 Liga Championship dan berjaya mengalahkan pendahulu liga Southampton, bulan lalu.

     Ferguson meletakkan keyakinan terhadap pemain-pemain muda dan menyatakan Paul Pogba sebagai pemain yang mungkin berada dalam kesebelasan utama. Pogba bermain 45 minit menentang Leeds dan 30 minit menentang Aldershot setakat ini.

     Walaubagaimanapun, Ferguson tidak menyebut Ravel Morrison sebagai antara pemain yang akan diturunkan, namun beliau dijangka tersenarai dalam pemain simpanan Rabu ini.

     "Akan ada perubahan," kata Ferguson. "Chris Smalling telah kembali dan mungkin diturunkan. Beliau masih muda dan pasukan muda akan berdepan Palace. Hanya tengah midfield memberikan sedikit masalah. Jika berkemungkinan saya akan turunkan Pogba tetapi kita tunggu dan lihat. Saya mempunyai cukup pemain untuk dipilih, itu sudah pasti.”

     Kemenangan Piala Liga pada 2006 dilihat sesetengah pihak sebagai pemangkin kepada kejayaan selepasnya, dengan media awal-awal tidak meletakkan harapan buat pasukan United selepas melalui masa sukar sebelumnya. Kejohanan ini juga adalah landasan terbaik buat United untuk mengenengahkan bakat-bakat muda kedalam pasukan utama, yang mana Ferguson percaya ia (Piala Liga) menjadi semakin penting.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...