Tuesday, November 29, 2011

Patrice Evra ambil positif daripada seri 1-1 dengan Newcastle.

     Sepakan penalti menyamakan kedudukan yang mengundang kontroversi Demba Ba adalah punca kekecewaan penyokong tuan rumah dan pemain United, namun pemain bek Perancis itu merasakan pasukannya mula menunjukan corak serangan sebagaimana permulaan musim lalu. Beliau yakin sekiranya United mampu kekal dengan permainan sebegitu mereka mampu menjadi juara liga, Mei nanti.

     "Saya sangat kecewa kami tidak menang," Evra memberitahu MUTV. "Saya rasa kami berhak menang. Ia keputusan seri tetapi anda harus ambil positif dan pengurus juga ada memaklumkan perkara ini. Saya fikir pasukan ini tidak bermain dengan corak permainan begini untuk jangka masa tertentu dan mencipta banyak peluang. Jika anda mahu memenangi liga anda perlu jaring lebih banyak gol.

     "Hari ini, kami bermain seperti mana permulaan musim dan saya tahu kami akan menjaringkan banyak gol daripada satu gol untuk satu perlawanan. Kekecewaan amat jelas dan saya semestinya mahukan kami berada dua mata di belakang City apabila tamat perlawanan namun liga adalah marathon bukan pecutan.

     "Masih jauh lagi perjalanan (liga) dan saya yakin jika pasukan boleh mengekalkan permainan sebegini, kami boleh menjadi juara liga."

     Evra jelas kecewa dengan keputusan menghadiahkan sepakan penalti namun enggan mengkritik pengadil Mike Jones sepenuhnya, yang mendapatkan nasihat pembantunya sebelum membuat keputusan sepakan penalti.

     "Tidak, ia bukan sepakan penalti," beliau menambah. "Saya fikir ia adalah keputusan yang sukar terhadap kami tetapi pengadil bertanggungjawab dan apabila beliau berbincang dengan penjaga garisan bertanya: 'Adakah kamu pasti?' Beliau (penjaga garisan) berkata: 'Ya, ia sepakan penalti dan pengadil percayakan pembantunya. Apa yang anda boleh katakan? Kami perlu lebih fokus kepada peluang yang kami sia-siakan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...