Saturday, November 26, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Newcastle United.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Newcastle United hujung minggu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik kedua pasukan.

5. Manchester United vs Newcastle United 2-0, 22 Mei 1999, Akhir Piala FA, Wembley.

Sheringham dan Scholes
     Setahun yang lalu Newcastle tewas kepada Arsenal di Wembley dan sekali lagi berjaya ke akhir musim ini. Keseluruhan permainan lebih menguasai perlawanan dan persembahan Newcastle amat membimbangkan jurulatih Ruud Gullit.

     Kesebelasan utama United kehilangan Denis Irwin yang digantung dan Dwight Yorke yang direhatkan untuk perlawanan akhir Champions League. Tempat Irwin digantikan Phil Neville, Ole Gunnar Solskjaer untuk Yorke, dan Jaap Stam direhatkan dengan David May bergandingan Ronny Johnsen ditengah pertahanan.


     Teddy Sheringham bernasib baik apabila kecederaan kaki Roy Keane memaksa kapten United itu dikeluarkan selepas sembilan minit. Sheringham menjaringkan gol pertama dua minit selepas masuk beraksi dan membantu Paul Scholes untuk gol kedua.

4. Manchester United vs Newcastle United 6-0, 12 Jan 2008, Liga Perdana, Old Trafford.

Cristiano Ronaldo
     Hatrik pertama Cristiano Ronaldo untuk Manchester United meletakan United teratas kedudukan liga dengan membelasah Newcastle United yang tanpa pengurus di Old Trafford. Sepakan percuma pemain sayap itu memecah kebuntuan pada minit ke-49 selepas 0-0 separuh masa pertama dan Carlos Tevez kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0.

     Ronaldo menambah jaringan hasil gerakan empat pemain dan Rio Ferdinand membuat sepakan volley untuk gol keempat selepas 85 minit. Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol untuk melengkapkan hatrik, dan Alan Smith dikenakan kad merah selepas mempersoalkan gol keenam jaringan Tevez.

3. Newcastle United vs Manchester United 4-3, 15 Sep 2001, Liga Perdana, St James' Park.

Roy Keane
     Newcastle menhadiahkan pengurus mereka Bobby Robson hadiah sempurna untuk perlawanan ke-100 beliau bersama kelab dengan kemenangan mengkagumkan ke atas Manchester United.

     Dikatakan perlawanan terbaik liga setakat ini, ia menyaksiakan Laurent Robert, Robert Lee, Nikos Dabizas dan Alan Shearer menjaringkan gol untuk kekalahan pertama United dalam liga musim ini.

     United dipaksa bangkit daripada ketinggalan tiga kali dengan gol daripada Ruud van Nistelrooy, Ryan Giggs dan Juan Sebastian Veron namun gagal mendapatkan gol penyamaan sebagaimana dilakukan mereka sebelum ini.


2. Newcastle United vs Manchester United 5-0, 20 Okt 1996, Liga Perdana, St James' Park.

Les Ferdinand
     Ini merupakan musim pertama Alan Shearer di Newcastle selepas perpindahan rekod dunia dari Blackburn. Beliau digandingkan dengan Les Ferdinand oleh pengurus Kevin Keegan.

     Gol-gol Newcastle dijaringkan oleh Peacock, Ginola, Ferdinand, Shearer, dan Albert. Ini merupakan kemenangan ketujuh berturut-turut pasukan Kevin Keegan dan secara tidak langsung membalas kekalahan 4-0 Newcastle di tangan United ketika Charity Shield.


1. Newcastle United vs Manchester United 2-6, 12 Apr 2003, Liga Perdana, St James' Park.

Scholes meraikan hatrik
     Manchester United memberikan tekanan kepada Arsenal dalam perebutan gelaran liga selepas kemenangan 6-2 ke atas Newcastle United di St James' Park. United membenarkan Newcastle mendahului sebelum memusnahkan harapan Toon Army.

     Pelawat menjaringkan empat gol sebelum rehat menerusi Ole Gunnar Solskjaer, dua gol Scholes dan Ryan Giggs. Scholes melengkapkan  hatrik selepas permainan bersambung dan Ruud van Nistelrooy melengkapkan enam gol melalui sepakan penalti. Gol kedua Newcastle dijaringkan oleh Shola Ameobi, namun tidak cukup untuk menghalang United bergelar juara musim 2002/03.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...