Friday, November 25, 2011

Did you know? - Alan Shearer tolak tawaran Manchester United sebanyak dua kali.

Shearer bersama Southampton
     Musim panas 1991, Shearer adalah sebahagian pasukan kebangsaan England bawah 21 tahun yang beraksi dalam kejohanan antarabangsa di Toulon, Perancis. Shearer muncul bintang kejohanan tersebut apabila beliau menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan.

     Pada musim 1991/92, Shearer menjadi pemain paling menyerlah dalam liga domestik. Dengan 13 gol dalam 41 penampilan buat Southampton, beliau disenaraikan dalam pasukan England dan menjaringkan gol dalam perlawanan debutnya menewaskan Perancis 2-0 pada Februari 1992.

     Prestasi menyerlah ini telah menyebabkan beliau dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Manchester United. Malahan kemungkinan perpindahan telah dikhabarkan sejak musim luruh tahun 1991 lagi, namun beliau menolak tawaran dengan alasan untuk menghabiskan kontrak bersama Southampton.

     Walaupun hanya satu penampilan dan pasukan England gagal melangkah jauh melepasi peringkat kumpulan Euro 1992, Shearer kemudiannya menjadi sasaran rekod perpindahan British £3.3 juta dari Blackburn Rovers. Sungguhpun terdapat minat daripada pengurus Manchester United Alex Ferguson, kekayaan dimiliki jutawan Blackburn Jack Walker sudah cukup untuk membawa penyerang itu daripada pasukan The Saints.

     Akhirnya Shearer dijual kepada Blackburn Rovers untuk yuran perpidahan £3.6 juta, dengan David Speedie berhijrah ke Southampton sebagai sebahagian daripada perjanjian pada musim panas 1992. Dalam tempoh empat tahun bersama pasukan utama Southampton, Shearer membuat 158 penampilan dalam semua kejohanan dan menjaringkan 43 gol.

     Alan Shearer mendedahkan dalam temubual dengan majalah FourFourTwo bahawa United mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan tandatangannya, menyebabkan beliau bersetuju menyertai Blackburn Rovers. Dalam temubual itu juga Shearer dipetik sebagai berkata:

     "Terdapat minat dari Manchester United, tetapi saya telah diberitahu saya perlu menunggu tiga atau empat minggu untuk mereka mendapatkan wang. Saya rasa jika mereka benar-benar mahukan saya maka mereka akan datang dapatkan saya dengan seberapa segera.

Eric Cantona bersama Alex Ferguson.
     "Saya telah pun berbincang dengan pihak Blackburn dan telah memberitahu Kenny Dalglish, Ray Harford dan Jack Walker yang saya akan memberikan jawapan dalam masa tiga atau empat hari - dan jawapan saya ialah ya."

     United akhirnya mendapatkan penyerang Leeds, Eric Cantona pada November 1992 yang menjadi tunggak utama pasukan yang memenangi gelaran Liga Perdana musim 1992/93 manakala Blackburn hanya mampu di tempat keempat.



     Shearer bagaimanapun berjaya memenangi trofi juara liga pada musim 1994/95 selepas pasukannya mengalahkan United dengan perbezaan satu mata. Penyerang England itu menghabiskan masa empat tahun di Ewood Park, menjaringkan 112 gol dalam 138 penampilan liga.     

     Selepas Euro 1996 yang diadakan di England, Manchester United sekali lagi membida untuk mendapatkan tandatangan Shearer apatah lagi setelah beliau muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol. Jelas beliau merupakan aset paling berharga ketika itu dengan khabar angin juga mengatakan beberapa kelab Itali juga menunjukan minat mendapatkan penyerang England itu.

     Shearer mengakui beliau amat hampir untuk menyertai United setelah perbincangan dilanjutkan dengan pengurus Alex Ferguson. Akhirnya kedua pihak Manchester United dan Newcastle United mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan dengan Blackburn Rovers dan Shearer bersedia untuk berhijrah ke Manchester United. Namun di saat-saat akhir pengurus Newcastle United Kevin Keegan memohon untuk berjumpa dengan Shearer buat kali terakhir dan memujuk beliau bahawa masa depannya berada di St. James Park.

Shearer menyertai Newcastle.
     Pada 30 Julai 1996, untuk rekod perpindahan dunia £15 juta (sebelumnya dipegang oleh Gianluigi Lentini yang berpindah dari Torino ke AC Milan pada 1992), Shearer menyertai kelab bandar kelahirannya dan naib juara liga musim 1995/96, Newcastle United, yang dikendalikan oleh heronya Kevin Keegan.

     Bekas kapten Manchester United Bryan Robson menulis dalam autobiografinya bahawa beliau tidak dapat memahami, walaupun sesama  Geordie (gelaran kepada individu yang berasal dari Tyneside, kawasan timur laut England), mengapa Shearer memilih untuk menolak tawaran United untuk kali kedua. United pada musim tersebut muncul juara liga buat kali keempat dalam tempoh lima musim, sementara Shearer tidak dapat mengatasi pencapaian juara liga tunggal miliknya pada 1995.

     Shearer bersara pada 2006 dan bayangkan sekiranya beliau memilih untuk menyertai United berbanding Newcastle. Dalam kabinet trofi beliau mungkin mempunyai enam medal juara Liga Perdana (1994/95, 1996/97, 1998/99, 1999/00, 2000/01 & 2002/03), dua Piala FA (1999 & 2004), satu Piala Liga (2006), satu Champions League (1999) dan satu Intercontinental Cup (1999). Selebihnya hanya tinggal sejarah.

Mungkinkah Shearer menjadi sebahagian daripada pasukan ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...