Thursday, November 17, 2011

Blast from the Past - Ryan Giggs menyertai United dari City.

Giggs bersama bapanya Danny Wilson
     Selepas berpindah ke Salford dalam Greater Manchester, Giggs bermain untuk pasukan tempatan Deans FC, yang dilatih oleh pegawai pencari bakat Manchester City Dennis Schofield. Schofield mencadangkan Giggs kepada Manchester City, dan terus menyertai School of Excellence milik City.

     Sementara itu, Giggs meneruskan aksi bersama Salford Boys, yang layak ke akhir kejohanan Granada Schools Cup di Anfield pada tahun 1987. Giggs menjadi kapten dalam kemenangan pasukan Salford ke atas pasukan dari Blackburn, dan trofi disampaikan oleh ketua pegawai bakat Liverpool Ron Yeats.



     Semasa bermain dengan Deans, aksi Giggs kerap kali ditonton oleh wakil berita tempatan yang juga kakitangan Old Trafford Harold Wood. Wood kemudiannya memberitahu secara peribadi kepada Sir Alex Ferguson yang menghantar pegawai ke sana, dan Giggs akhirnya ditawarkan latihan percubaan semasa perayaan Krismas tahun 1986.

     Giggs bermain dalam perlawanan Salford Boys menentang pasukan bawah 15 United di The Cliff dan menjaringkan hatrik, dengan Ferguson menonton daripada jendela pejabatnya. 

     Pada 29 November 1987 iaitu hari lahir Giggs yang ke-14, Ferguson mengunjungi rumah Giggs bersama pegawai pencari bakat United Joe Brown dan menawarkan dua tahun bersama United. United juga bersedia untuk mengenepikan borang YTS (Youth Training Scheme) dan memujuk Giggs menurunkan tandatangan dengan menawarkan peluang menjadi pemain profesional dalam masa tiga tahun.

Giggs ketika mewakili England.

     Giggs menandatangani untuk rekod perpindahan pemain bukan profesional yang berjumlah £350,000, yang masih menjadi rekod tertinggi, menggunakan nama Ryan Wilson. Beliau menjadi kapten pasukan England peringkat sekolah dan bermain di Wembley menentang Jerman pada 1989.

     Beliau menukar nama keluarga pada usia 16 tahun selepas ibunya berkahwin semula. Bapa dan ibu kandung beliau berpisah dua tahun sebelumnya.

     Giggs menjadi pemain profesional pada usia 17 tahun dan kerap kali dilabel oleh beberapa sumber sebagai prospek terbaik dalam bolasepak England sejak George Best pada tahun 1960an.

Giggs ketika menentang Everton
     Giggs membuat penampilan pertama liga ketika menentang Everton di Old Trafford pada 2 March 1991, masuk sebagai pemain gantian, namun United tewas 2-0. 

     Dalam autobiografi Sir Alex Ferguson, beliau mengimbas:

"Apabila saya melihat Ryan pada perlawanan itu, beliau memperlihatkan satu daripada detik yang sangat jarang dan sungguh berharga yang membuatkan segala penat lelah, kekecewaan dan kesengsaraan berbaloi. Saya masih ingat kali pertama saya melihat beliau, seakan 'terapung' di atas padang di Cliff, tanpa perlu berusaha keras, dan anda berani bersumpah kakinya langsung tidak menyentuh bumi."

THE REST IS HISTORY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...