Wednesday, November 16, 2011

Terkini - United dapatkan pemain 'wonderkid' berusia lima tahun.

Charlie Jackson ketika beraksi.
     Ramai berpendapat bolasepak adalah permainan lelaki namun Charlie Jackson membuktikan mereka salah - setelah dikenalpasti oleh Manchester United seawal usia tiga tahun.

     Dianggap 'whizkid' dunia bolasepak, Jackson yang berasal dari Denton, memukau pegawai-pegawai pencari bakat United dengan kawalan dan gerakan, dan memiliki ciri-ciri bintang masa depan.

     Namun tidak sehingga beliau berusia lima tahun, United mengambil keputusan sudah sampai masa untuk beliau menyertai latihan di pusat perkembangan mereka. Sekarang Charlie, yang berlatih bersama dengan barisan pemain remaja berbakat lain yang kebanyakannya lebih berusia daripadanya, disebut-sebut oleh jurulatih sebagai potensi bintang masa depan.

     Dan kedua ibu bapanya pastinya bangga melihatnya bersama United – walaupun pada hakikatnya mereka seperti Charlie, adalah penyokong setia seteru setempat United iaitu Manchester City.

     Charlie telah dikenalpasti ketika berlatih bersama Footytotz, program komuniti untuk bolasepak untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pegawai pencari bakat United memilih beliau namun terlalu muda untuk menyertai mereka pada waktu itu. Dua tahun kemudian United kembali dan terus mendapatkan Charlie.

     Bapanya Andy, 38 tahun – pemegang tiket bermusim di Etihad Stadium – mengakui beliau terpaksa memujuk anaknya Charlie untuk menyarung jersi dengan lencana United. Andy berkata: “Idola beliau adalah Joe Hart dan Mario Balotelli, dan pada awalnya beliau teragak-agak untuk berlatih bersama United - namun kini beliau berjaya mengatasi perasaan itu perlahan-lahan.

     “Beliau begitu gembira berlatih bersama kelab dan ia peluang keemasan baginya. Kemana sahaja kami pergi orang ramai kenal beliau melalui bakat bolasepaknya, samada di atas padang mahupun ketika bercuti.

     “Orang ramai akan berdiri dan memerhatikannya - mereka hampir tidak percaya beliau baru berusia lima tahun kerana beliau sungguh bagus.

     “Beliau mampu mengunakan kedua kaki. Bagi kanak-kanak sebaya usianya, beliau sangat kuat dan luar biasa. Saya dan isteri terpaksa membeli basikal untuk mengalihkan perhatiannya kerana beliau begitu obses dengan bolasepak.”

     Charlie tinggal bersama bapanya Andy, ibunya Claire, 38 tahun, dan abangnya Jake, 12 tahun, di Reid Close, Denton. Beliau menggabungkan latihan bersama United sekali seminggu dengan Footytotz di Denton, yang menyediakan latihan kepada kanak-kanak antara dua hingga lima tahun.

     “Ini merupakan perkara terbaik yang kami pernah lakukan. Kami belum menetapkan matlamat jangka panjang buatnya. Detik di mana beliau tidak lagi menikmati bolasepak adalah detik yang kami perlu melihat kembali untuk melakukan sesuatu yang lain.

     “Tiada tekanan buat beliau, namun alangkah baik sekiranya suatu hari nanti beliau dapat bermain dengan City.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...