Wednesday, November 16, 2011

Manchester United terima penggantungan dua perlawanan Nemanja Vidic.

Vidic menerima kad merah.
     Manchester United menerima penggantungan dua perlawanan ke atas kapten Nemanja Vidic dalam Champions League.

     Vidic bakal terlepas perlawanan Champions League United menentang Benfica di Old Trafford Selasa depan berikutan keputusan kelab untuk tidak membuat rayuan ke atas hukuman yang dikenakan UEFA. Beliau menerima kad merah semasa perlawanan dengan Otelul Galati di Romania bulan lalu.

     Vidic dilayangkan kad merah oleh pengadil Jerman Felix Brych akibat bentesan lewat pertahanan tengah  itu ke atas penyerang Galati Gabriel Giurgiu semasa kemenangan 2-0 di Bucharest. Ini menyebabkan pegawai-pegawai UEFA yang bertugas, mengesahkan pemain kelahiran Serbia itu menerima penggantungan automatik satu perlawanan.

     UEFA kemudiannya menghubungi Manchester United sebelum perlawanan di Old Trafford menentang Galati awal bulan ini untuk memaklumkan Vidic akan digantung dua perlawanan akibat bentesan tersebut.
 
     Dengan Chris Smalling yang masih diketepikan akibat kcederaan kaki, ketiadaan Vidic semasa menentang Benfica boleh menjadi lebih teruk sekiranya United mengalami masalah kecederaan ketika berhadapan Swansea City hujung minggu ini. 

     Pengurus United Sir Alex Ferguson pada mulanya menyifatkan kad merah yang dikenakan kepada Vidic adalah tidak sepadan dengan kesalahannya sebelum mengakui : "Saya boleh memahami interpretasi pengadil kerana bolasepak Jerman berbeza dengan England.”

     United mengambil keputusan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan tersebut menjelang mesyuarat Panel Disiplin UEFA pada Khamis ini. United boleh layak ke peringkat kalah mati Champions League sekiranya menewaskan Benfica di Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...