Tuesday, November 15, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 6.

1980-1982 - Jersi Home Manchester United.

Kedai cenderamata United meletakan diskaun separuh harga untuk semua stok yang berjenama Admiral disebabkan keputusan untuk bertukar kepada jersi jenama Adidas. Untuk musim 1980/81, kolar labuh berwarna putih kembali dengan tiga jalur terkenal Adidas warna putih ditambah pada setiap lengan, dan warna merah untuk seluar. Logo Adidas mengantikan Admiral di dada. Nombor di belakang ditulis dengan putih dan merah, gaya sebenar 80-an, walaupun kemudiannya ditukar dengan putih sepenuhnya pada pertengahan musim.



1980-1982 - Jersi Away Manchester United.

Antara yang terbaik daripada Adidas dengan adaptasi jersi away hitam putih Admiral daripada musim sebelumnya. Jalur hitam Adidas diletakan pada setiap sisi badan berbanding setiap lengan. Manakala jalur putih di seluar hitam menambah kesan ketara terutama apabila pemain mengangkat tangan semasa beraksi. Bahagian tengah lencana kelab diwarnakan dengan merah.


1980-1981 - Jersi Ketiga Manchester United.

United di bawah pengurus Dave Sexton berkunjung ke Southampton, Stoke dan Sunderland dengan mengenakan jersi biru royal ini. Dengan tiga jalur biru pada sisi seluar putih namun baju tiada diletakan sebarang jalur terkenal Adidas. Ia dipakai bersama stoking hitam dan biru.




1981-1982 - Jersi Ketiga Manchester United.
Pada musim 1981/82 beraksi di Southampton, Stoke City dan Sunderland menggunakan jersi ini, dengan pengurus baru Ron Atkinson. Baju diletakan semula tiga jalur putih terkenal Adidas di setiap lengan.





1982-1983 - Jersi Home Manchester United.

Musim 1982/83 menandakan permulaan era baru dengan jersi United ditaja oleh gergasi pengeluar alatan elektronik Jepun, Sharp. Jersi baru Adidas juga menampilkan garis bersinar yang halus di depan kolar putih bentuk V dan hujung dengan merah dan putih. Perkataan 'Sharp' yang berwarna putih dan 'Electronics' yang berwarna hitam dikecualikan daripada perlawanan Eropah dan kejohanan piala lain, termasuk kemenangan besar mengatasi Brighton 4-0 dalam perlawanan akhir Piala FA 1983.


1982-1983 - Jersi Away Manchester United.

Musim 1982/83 juga menyaksikan jersi away baru berwarna putih dilengkapi dengan lining bersinar. Jalur terkenal Adidas berwarna hitam, manakala kolar V hitam dan hujung lengan dengan hitam dan merah. Dipakai bersama seluar hitam dan stoking putih atau hitam. Sekali lagi logo merah Sharp dikeluarkan daripada perlawanan Eropah dan kejohanan piala, termasuk kekalahan pada perlawanan akhir Piala Liga kepada  Liverpool.


1982-1983 - Jersi Ketiga Manchester United.

Jersi ketiga musim 1982/83 memperlihatkan sekali lagi jersi berwarna biru. Dilengkapi dengan lining bersinar dan jalur putih Adidas di lengan, kolar putih V dan hujung lengan diletakan warna hitam dan merah. Ia dipakai dengan seluar biru atau putih dan stoking biru atau hitam.



*sumber - prideofmanchester.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...