Tuesday, November 15, 2011

Gosip - Manchester United dan Liverpool bersaing dapatkan Lucas Rodrigues.

Lucas Rodrigues
     Manchester United dan Liverpool dilaporkan bersedia bersaing untuk mendapatkan tandatangan pemain muda Brazil Lucas Rodrigues yang dianggarkan bernilai £20juta.

     United, masih lagi mencari pengganti Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu, dikatakan memiliki kelebihan dalam persaingan  mendapatkan pemain midfield 19 tahun kelab Sao Paulo itu.


    
    

     Seteru utama United di Merseyside juga dilaporkan beberapa kali menyaksikan beliau beraksi. Lucas, teah diundi sebagai bintang kejohanan bawah 20 Selatan Amerika, merupakan salah seorang bakat muda dari Brazil yang menjadi rebutan kelab-kelab Eropah saat ini.

     Pada usia 18 tahun, kepantasan, ketangkasan dan semangat juang yang tinggi merupakan antara kelebihan Lucas, dan ini boleh disimpulkan dengan gol yang beliau jaringkan ketika bersama pasukan bawah 20 Brazil.


     Beliau masih mempunyai kontrak dengan kelab Sao Paolo sehingga 2016 namun Liverpool difahamkan mahu membuat bidaan seawal tahun baru. Mereka berhadapan saingan sengit daripada United dan dua kelab gergasi Itali Juventus dan Inter Milan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...