Thursday, November 17, 2011

Luis Suarez didakwa FA berikutan kata-kata berunsur rasis ke atas Patrice Evra.

     Luis Suarez telah didakwa oleh Football Association (FA) dengan penyalahgunaan perkataan berunsur rasis (perkauman) ke atas pertahanan United Patrice Evra.

     FA mengumumkan dakwaan dibuat semalam selepas siasatan selama sebulan. Kenyataan rasmi FA menyatakan:

     "Pihak FA hari ini membuat pendakwaan ke atas pemain Liverpool Luis Suarez berikutan kejadian yang berlaku ketika perlawanan Liverpool menentang  Manchester United di Anfield pada 15 Oktober 2011.     


     "Ia dikatakan bahawa Suarez telah menyalahgunakan dan/atau mengeluarkan kata-kata kesat dan/atau menghina dan/atau tingkahlaku ke atas pemain Manchester United Patrice Evra dan bertentangan dengan peraturan FA.

     "Ia juga dikatakan selanjutnya ini termasuk rujukan kepada asal-usul etnik dan/atau warna kulit dan/atau bangsa Patrice Evra."

     Liverpool mengatakan Suarez akan mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan tersebut. Kenyataan kelab menyebut:

     "Kelab telah menerima notifikasi daripada Football Association berhubung keputusan mereka untuk mendakwa Luis Suarez dan kami akan mengkaji dengan teliti segala dokumen yang telah dihantar kepada kami.

     Suarez sebelum ini menafikan dakwaan rasis walaupun mengakui beliau memanggil pertahanan United dengan nama.

     "FA perlu selesaikan perkara ini dengan beliau (Evra), kerana tiada langsung bukti dan saya tidak mengatakan sesuatu yang berbaur rasis,” kata Suarez. "Ada dua bahagian perbincangan, satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Sepanyol. Saya tidak menghina beliau, ia hanyalah cara saya menyatakan sesuatu.”

     Spekulasi mengatakan perkataan yang digunakan Suarez adalah "negro", bahasa Sepanyol yang merujuk "black", yang didakwa Suarez boleh diterima oleh semua orang di Uruguay.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...