Thursday, November 17, 2011

Ashley Young dan Tom Cleverley bakal kembali beraksi.

Ashley Young dan Tom Cleverley
     Manchester United akan meneruskan saingan liga hujung minggu ini bagi mengurangkan jurang mata dengan seteru setempat City. Ini akan didorong dengan kembalinya dua tonggak midfield Ashley Young dan Tom Cleverley selepas keduanya pulih daripada kecederaan.

     Kedua pemain beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan permulaan musim sebelum mengalami kecederaan. Namun mereka akan kembali pada perlawanan Sabtu ini menentang Swansea dengan pasukan Alex Ferguson mahu mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester City.


     Cleverley, 22 tahun, tidak dapat beraksi dalam perlawanan liga sejak mengalami kecederaan tumit di  Bolton pada 10 September lalu. Pemain midfield ini kembali ketika menentang Aldershot pada perlawanan Piala Carling di mana sekali lagi beliau mengalami kecederaan yang sama dan terlepas dua perlawanan terakhir United. 

     Ashley Young pula mengalami kecederaan jari kaki semasa latihan sebelum perlawanan menentang Everton di Goodison Park pada 29 Oktober dan turut terlepas dua perlawanan persahabatan pasukan England. Namun pemain 26 tahun ini telah kembali berlatih seminggu lalu dan bakal kembali memperkuatkan bahagian sayap di mana beliau menjadi bukan sekadar membuat hantaran dan mencipta gol malahan turut menjaringkan gol.

     Penyerang Danny Welbeck pula bagaimanapun masih diragui kecergasan untuk beraksi di Wales menentang pasukan Brendan Rodgers. Beliau mengalami kecederaan otot semasa masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan England menentang Sepanyol pada Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...