Thursday, November 17, 2011

Nicky Butt sasar bidang pengurusan.

Nicky Butt
     Bekas pemain mindfield United  Nicky Butt mendedahkan bahawa beliau berminat untuk berpindah ke bidang pengurusan selepas menutup tirai kariernya sebagai pemain.

     Pemain 36 tahun ini bermain dengan kelab  Hong Kong, South China tetapi kembali ke England awal tahun ini dan sedang mengikuti kursus asas kejurulatihan.

 

     Selepas bersara daripada dunia bolasepak, bekas pemain antarabangsa England ini berazam untuk belajar daripada yang terbaik di Carrington dengan beliau mahu membuktikan dirinya dalam bidang kejurulatihan.

     "Saya telah memulakan kursus (kejurulatihan) sekarang dan telah mendapat beberapa jam," Butt memberitahu ManUtd.com. "Saya akan dinilai dalam masa lima atau enam bulan akan datang. 

     "Saya selalu pergi ke Carrington dan hanya melihat, saya tidak menyertai mana-mana sessi. Saya lihat apa yang dilakukan oleh kesemua jurulatih dan apa yang mereka katakan kepada pelatih. Tanyalah mana-mana pemain pastinya segala ilmu yang dipelajari ada dalam kepala mereka. Bahagian sukar adalah untuk mendapat perkara penting dan laksanakannya. Itu yang saya perlu belajar.

     "Saya sangat bertuah dapat bermain untuk ramai jurulatih yang sangat baik dalam menyampaikan perkara penting. Steve McClaren, Carlos Queiroz, Brian Kidd dan Eric Harrison... semuanya ada jurulatih hebat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...