Friday, November 18, 2011

Warren Joyce kekal bersama Manchester United.

Warren Joyce
     Pengurus pasukan simpanan United Warren Joyce mengesahkan komitmen masa depan beliau dengan Manchester United selepas spekulasi mengaitkan beliau dengan jawatan pengurus kelab Championship, Hull City.

     Joyce, yang sebelum ini memegang jawatan tersebut antara tahun 1998 dan 2000, dikatakan bakal mengambil alih jawatan pengurus di KC Stadium apabila Nigel Pearson berhijrah ke  Leicester City minggu lalu.


     Sejak itu, Joyce disebut-sebut calon utama untuk kembali ke kelab timur Yorkshire club, walaupun Nicky Barmby telah diumumkan sebagai pengurus sementara semalam.

     Joyce kemudiannya memberitahu media rasmi United bahawa beliau akan kekal di Old Trafford sebagai pengurus pasukan simpanan. Rekod Warren sebagai pengurus (sehingga sebelum perlawanan menentang Wigan semalam) : Perlawanan 27, Menang 17, Seri 6 dan Kalah 3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...