Friday, November 18, 2011

Gosip - Kelab Russia Anzhi Makhachkala berminat dapatkan Dimitar Berbatov.

Berbatov ketika dibangku simpanan.
     Penyerang Manchester United Dimitar Berbatov mungkin mempertimbangkan perpindahan ke kelab Russia Anzhi Makhachkala, menurut agennya.

     Kelab berbelanja besar Anzhi, yang sebelum ini pada musim panas lalu telah mendapatkan khidmat penyerang Inter Milan  Samuel Eto'o, dilaporkan bersedia untuk menawarkan £15 juta untuk pemain Bulgaria ini.


    
     Walaupun Berbatov sendiri kerap kali membuat kenyataan berkenaan pengurus dan menyatakan hasrat untuk kembali dalam pasukan utama, namun agennya Emil Danchev mengakui bahawa beliau meragui samada kliennya gembira dengan 'kehidupan' di Old Trafford, di mana Berbatov hanya beraksi daripada bangku simpanan musim ini.

     "Kami pastinya berminat sekiranya Anzhi membuat tawaran lebih konkrit," Danchev memberitahu Daily Mirror. "Kami akan duduk berbincang dengan Dimitar mengenai  perkara ini.

     "Saya tidak pasti samada Dimitar gembira di Manchester. Beliau bermain, kemudian hanya memanaskan bangku simpanan."

     Selepas muncul penjaring terbanyak dalam Liga Perdana musim lalu, Dimitar Berbatov mendapati dirinya adalah penyerang pilihan keempat di belakang Wayne Rooney, Javier Hernandez dan Danny Welbeck. Berbatov, yang akan tamat kontrak hujung musim ini, menurut laporan bakal mendapat bayaran gaji dianggarkan £7.5 juta setahun dengan Anzhi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...