Friday, November 18, 2011

Phil Jones - Saya pernah membenci jaringan minit akhir Manchester United.

     Ketika mengadakan temubual dengan laman web rasmi Manutd.com,  Phil Jones mendedahkan bahawa detik paling digemari dan sentiasa diingatinya bersama United hingga setakat ini adalah kemenangan United ke atas City pada perlawanan Community Shield.

     United ketinggalan 2-0 selepas tamat separuh masa pertama namun kembali bangkit untuk menang 3-2, dengan Nani menjaringkan gol kemenangan pada minit keempat masa kecederaan.

     Jones mendedahkan sebelum beliau menyertai United, beliau sangat benci dengan kemampuan United menjaringkan gol minit-minit akhir sesuatu perlawanan, namun kini beliau menyukainya.

     "Detik kegemaran saya adalah ketika memenangi Community Shield," kata Jones. "Saya tidak pernah memenangi trofi kompetitif sebelum ini. Ia sangat hebat dan mungkin detik kegemaran saya setakat ini. Saya mempunyai beberapa detik kegemaran namun saya rasa itulah yang terbaik.

     Saya berkata kepada diri sendiri di Wembley: ‘Saya baru berada di sini dua minit dan sudah mendapat trofi.’ Saya biasa memikirkan, ‘Saya tidak tahan dengan kelab yang sentiasa menjaringkan gol minit-minit akhir. Tapi saya menyukainya sekarang. Saya tidak akan mengadu sedikit pun.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...