Friday, November 18, 2011

Did you know? - Apa yang perlu anda tahu mengenai Swansea City.

  • Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1912.
  • Perlawanan profesional pertama ketika seri 1-1 menentang Cardiff City di Vetch Field pada 07 September 1912
  • Menjadi sebahagian daripada pasukan dalam Divisyen Tiga yang baru diperkenalkan dalam Football League pada 1920 .
  • Bermain di Divisyen Dua pertama kali pada 1925.

  • Layak ke separuh akhir Piala FA kali pertama pada 1928 namun tewas kepada Bolton Wanderers.
  • Setelah turun naik antara divisyen Swansea turun ke Divisyen Empat pada hujung musim 1972/73.
  • Pada 01 Mac 1978, John Toshack menjadi pengurus termuda dalam sejarah Football League iaitu pada usia 28 tahun.
  • Layak beraksi dalam Divisyen Satu pertama kali dalam sejarah kelab pada musim 1981/82.
  • Menjadi peneraju Liga Divisyen Satu pada Disember 1981 dengan menewaskan kelab-kelab besar seperti Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Tottenham, namun hanya mampu ditangga keenam pada penghujung musim.
  • Vetch Field
  • Kombinasi prestasi tidak menentu, nasib yang tidak menyebelahi dalam perpindahan pemain dan juga masalah kewangan mengakibatkan Swansea tersingkir dua kali berturut-turut dan jatuh ke Divisyen Empat pada 1986.
  • Layak ke Divisyen Dua pada tahun 2000 sebagai juara Divisyen Tiga.
  • Tersingkir semula selepas satu musim dan kelab dijual kepada pengarah urusan Mike Lewis dengan jumlah £1.
  • 2004/05 adalah musim terakhir bermain di Vetch Field.
  • Kemenangan 1-0 ke atas Tranmere Rovers adalah perlawanan kompetitif pertama di Liberty Stadium.
  • Naik ke Championship pada musim 2008/09 di bawah Roberto Martinez, pengurus Wigan sekarang.
  • Mengalahkan Reading 4-2 dalam play-off selepas mendapat tempat ketiga musim 2010/11, seterusnya layak ke Liga Perdana.
  • Swansea menjadi pasukan ke 45 layak beraksi dalam Liga Perdana sejak ditubuhkan pada musim 1992/93.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...