Thursday, December 22, 2011

Phil Jones mungkin tidak dapat beraksi hingga enam minggu.

     Phil Jones akan menjalani X-ray hari ini untuk menilai sejauh mana kecederaan tulang rahang yang dialaminya semasa kemenangan 5-0 United ke atas Fulham. Jones memerlukan rawatan atas padang selepas terkena siku penyerang tuan rumah Clint Dempsey pada babak awal permainan di Craven Cottage. Walaupun bermain sehingga minit ke 20, Jones akhirnya digantikan oleh Ashley Young.

     Laporan awal yang belum disahkan dari London mencadangkan bahawa Jones mungkin diketepikan sehingga enam minggu, namun Sir Alex Ferguson mendedahkan pemain 19 tahun itu akan dinilai semula oleh staff perubatan pada hari Khamis.

     "Kami akan hantar beliau untuk saringan X-ray esok (Khamis)," Sir Alex memberitahu pemberita selepas perlawanan. "Beliau terkena siku ke bahagian rahangnya. Ia daripada Dempsey tetapi saya tidak fikir ia disengajakan."

     Kebimbangan kecederaan bukan sahaja kepada Jones malahan Ashley Young - yang masuk menggantikan Jones pada minit ke 20 - juga terhencut selepas terjahan pemain lawan pada awal babak kedua.

     "Fulham sangat agresif dan Ashley Young telah menerima padah," sambung beliau. "Beliau mungkin terlepas aksi dua ke tiga minggu."

     Sementara itu Rio Ferdinand juga dijangka terlepas perlawanan United seterusnya, menentang Wigan di Old Trafford pada Boxing Day (26 Disember).

     "Rio cedera ringan di kaki Ahad lalu menentang Queens Park Rangers. Saya fikir beliau akan kembali dalam pasukan untuk berdepan Blackburn (malam tahun baru) namun bukan dengan Wigan." tambah Ferguson.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...