Friday, December 23, 2011

Kecederaan Phil Jones tidak serius dan bakal diturunkan menentang Wigan.


Phil Jones bersama Dempsey.
     
     Kebimbangan Sir Alex Ferguson bahawa Phil Jones bakal diketepikan sehingga enam minggu hanyalah sementara apabila hasil pemeriksaan ke atas pemain muda Manchester United itu menunjukkan kecederaan tulang pipi yang dialami di Fulham tidak seteruk jangkaan awal.

     Walaupun selepas tamat perlawanan, harapan semua pihak bahawa pemain 19 tahun itu tidak mengalami retak tulang pipi selepas terkena siku Clint Dempsey dan memaksa beliau digantikan. Prognosis awal menunjukkan hanya sel tisu lembut mengalami kerosakkan dan Jones mungkin kembali beraksi pada Boxing Day berdepan Wigan.

     Pertahanan United itu menjalani saringan X-ray semalam untuk mengenalpasti masalah sebenar dan Sir Alex Ferguson akan mengesahkan pada sidang media hari ini mengenai berapa lama (jika ada) Jones terpaksa berehat. Ini adalah bulan sukar buat Ferguson dengan kecederaan serius kapten Nemanja Vidic dan juga masalah kesihatan yang memaksa midfield Darren Fletcher berehat daripada bolasepak.

     Selain Jones, juga berlaku kecederaan kepada Ashley Young - pemain yang menggantikan Jones - ketika menentang Fulham dan Ferguson menjangkakan beliau akan terlepas aksi selama dua minggu. Ini menambahkan senarai sedia ada, Fabio da Silva, Anderson, Michael Owen dan Tom Cleverley kesemuanya mengalami kecederaan dan terlepas aksi untuk beberapa ketika.

     Kemenangan 5-0 ke atas Fulham adalah kemenangan liga ketiga berturut-turut United selepas penyingkiran daripada peringkat kumpulan Champions League si tangan Basle dan meletakkan mereka kekal dua mata di belakang pendahulu Manchester City.

Senarai kecederaan pemain United:

1. Tom Cleverley  - Pemain midfield ini cemerlang pada awal musim namun cedera buku lali di Everton. Tarikh cedera : 29 Oktober. Dijangka kembali : Belum ditentukan.

2. Fabio Da Silva - Kecederaan hamstring ketika tewas dalam Piala Liga Carling kepada Crystal Palace. Tarikh cedera : 30 November.  Dijangka kembali : 31 Disember.

3. Rafael Da Silva - Juga cedera menentang Palace, cedera bahu. Tarikh cedera : 30 November.  Dijangka kembali : 31 Disember.

4. Phil Jones - Bertembung dengan Clint Dempsey di Fulham. Tarikh cedera : 21 Disember. Dijangka kembali : 26 Disember.

5. Ashley Young - Masuk menggantikan Jones namun hanya bertahan 38 minit akibat kecederaan lutut. Tarikh cedera : 22 Disember. Dijangka kembali : 14 Januari.

6. Darren Gibson - Cedera ketika perlawanan simpanan. Tarikh cedera : 16 Disember. Dijangka kembali : 26 Disember.

7. Rio Ferdinand - Mengalami kecederaan kaki ketika menentang QPR. Tarikh cedera : 18 Disember. Dijangka kembali : 31 Disember.

8. Darren Fletcher - Pemain midfield ini berehat atas masalah kesihatan. Kali terakhir bermain pada November dan tiada jangkaan masa kembali.

9. Nemanja Vidic - Kapten pasukan, terlepas baki musim ini setelah cedera ligamen lutut. Tarikh cedera : 7 Disember. Dijangka kembali : Musim depan.

10. Anderson - Diketepikan hingga Februari disebabkan kecederaan lutut. Kali terakhir bermain pada 2 November.

11. Michael Owen - Cedera otot paha sejak 2 November. Dijangka kembali : Belum ditentukan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...