Thursday, December 22, 2011

Ryan Giggs - Manchester United berada di kemuncak prestasi.

Ryan Giggs meraikan gol ketiga United.
     Ryan Giggs percaya pasukan lain akan bergelut apabila berdepan dengan United pada ketika ini. Pemain Wales itu, bercakap selepas Manchester United menewaskan Fulham 5-0 di Craven Cottage, memberitahu MUTV bahawa prestasi United pada masa ini adalah "first-class".
    
     "Ia minggu yang cemerlang," kata beliau. "Anda lihat kemampuan kami (di Fulham) dan itulah standard yang ditetapkan buat kami.

     "Ia cerita yang sama di Queens Park Rangers (Ahad lalu). Di sana, kami tidak dapat menyudahkan beberapa peluang. Hari ini kami berjaya menjaringkan gol.

     "Berkunjung ke tempat seperti Craven Cottage dan mempamerkan aksi sebegini adalah first-class."

     Pasukan Sir Alex akan menanti kunjungan Wigan dan Blackburn ke Old Trafford sepanjang tempoh perayaan Krismas ini dan Giggs yakin United dapat memungut mata penuh.

    "Di Old Trafford kami selalu dijangka untuk menang namun kami masih perlu bermain dengan semangat dan keinginan yang sama (di Fulham)," tambah Giggs.

     "Bagi saya dan Michael Carrick di bahagian midfield, pergerakan di depan kami amat cemerlang. Pertahanan juga jelas kukuh. Namun apabila anda memiliki banyak pilihan dengan bola - pemain lawan mengejar di belakang dan berada di luar posisi - kami adalah lawan sukar. Prestasi hari ini memang memuaskan."

     Giggs menjaringkan gol ketiga United, walaupun terdapat sedikit pesongan pertahanan Fulham Philippe Senderos. Sekiranya Panel Dubious Goals menarik balik gol daripada lagenda United ini (sepatutnya tidak kerana rembatan tersebut tepat ke arah gol), maka Giggs telah menjaringkan gol dalam untuk setiap musim dalam 22 musim berturut-turut.

     "Saya mula risau (saya tidak dapat menjaringkan gol musim ini)," ujar beliau. "Musim lalu saya menjaringkan gol dalam perlawanan pertama, jadi saya tidak perlu bimbang selepas itu. Saya pasti akan menuntutnya (gol). Seseorang penyerang sudah pasti menuntut gol sebegini."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...