Monday, December 19, 2011

Michael Carrick puas hati dengan kemenangan dan tiga mata penting.

     Michael Carrick berkata beliau bersedia 'membayar denda' yang bakal dikenakan Sir Alex Ferguson selepas pemain midfield itu meninggalkan posisinya untuk menjaringkan gol kedua United dalam kemenangan 2-0 di Queens Park Rangers.

     Dengan perlawanan memasuki minit ke 56 di Loftus Road, Carrick mengambil bola di kawasan sendiri hasil kesilapan Joey Barton sebelum meluru ke gol QPR untuk merembat daripada luar kotak penalti dan menewaskan penjaga gol Radek Cerny.


     "Beliau sepatutnya berada di tengah padang," pengurus United itu memberitahu MUTV sejurus selepas perlawanan.  "Saya akan mengenakan denda kepada beliau!"

     Carrick ketawa dengan cadangan tersebut sebelum mengakui bahawa beliau bersedia 'membayar denda sekiranya menjaringkan gol seperti itu'. Gol hebat itu adalah gol liga pertama beliau sejak Disember 2009.

     "Kali terakhir saya menjaringkan gol daripada kawasan sendiri mungkin semasa bermain untuk bawah 12 tahun!" kata beliau. "Ia seakan-akan terbuka buat saya dan terus menuju ke gol lawan saya terfikir: Kenapa tidak?'. Saya sangat gembira bola menerjah gawang.

     "Kami memiliki banyak peluang dan cubaan tepat ke arah gol..saya mula terfikir adakah ini bukan hari kami. Saya gembira ia melepasi jangkauan penjaga gol awalaupun larian yang saya lakukan terasa begitu lama."

     Gol Carrick secara efektifnya menamatkan permainan, sesuatu yang patut berlaku lebih awal. Wayne Rooney menanduk masuk gol pendahuluan seawal 52 saat, namun walaupun menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang United hanya menjaringkan dua gol, dan apa yang penting buat pasukan Sir Alex adalah tiga mata penuh di tempat lawan dan tiada bolos.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...