Wednesday, December 21, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Fulham.

     Menjelang perlawanan antara Manchester United dan Fulham awal pagi esok, kita imbas top 5 pertemuan klasik yang melibatkan kedua pasukan.


5. Manchester United vs Fulham 5-3, 26 Mac 1958, Ulangan Separuh Akhir Piala FA, Highbury.

     Lebih sebulan selepas Tragedi Munich yang meragut nyawa hampir kesemua pemain utama United, pasukan dari London, Fulham menanti dalam separuh akhir Piala FA. Perlawanan pertama di Villa Park berkesudahan seri 2-2 dengan Bobby Charlton menjaringkan dua gol.

     Perlawanan ulangan menyusul empat hari kemudian di Highbury. Charlton dan Brennan masing-masing menjaringkan satu gol, manakala Dawson menjaringkan hatrik untuk keputusan 5-3. United layak ke perlawanan akhir namun tewas kepada Bolton Wanderers dengan jaringan 2-0.







4. Manchester United vs Fulham 3-0, 22 Mac 2003, Liga Perdana, Old Trafford.

     Ruud van Nistelrooy menjaringkan satu daripada gol hebat musim, dengan hatrik beliau menyaksikan United berada di puncak liga buat kali pertama dalam masa setahun. Van Nistelrooy memulakan gerakan daripada kawasan sendiri melepasi beberapa pemain dalam separuh masa kedua sebelum mudah memperdayakan penjaga gol Mike Taylor.

     Sebelum itu Van Nistelrooy menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama untuk meletakkan tuan rumah di depan. Volley pada minit akhir melengkapkan hatrik keempat beliau buat United dan membawa jumlah jaringan 32 daripada 44 perlawanan musim ini.



3. Manchester United vs Fulham 5-1, 20 Ogos 2006, Liga Perdana, Old Trafford.

Rooney diraikan Scholes dan Saha.
     Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney bergandingan buat pertama kali sejak kontroversi Piala Dunia 2006 untuk membantu Manchester United membenam Fulham. Louis Saha menanduk masuk gol pembukaan United selepas tujuh minit sebelum hantarannya memaksa pertahanan Fulham Ian Pearce menjaringkan gol sendiri.

     Rooney menjaringkan satu gol sebelum membuat hantaran kepada Ronaldo untuk menjadikan kedudukan 4-0 hanya selepas 19 minit. Fulham mengurangkan defisit jaringan apabila Rio Ferdinand terpesong cubaan Heidar Helguson ke gawang sendiri sebelum Rooney melengkap kemenangan 5-1 selepas rehat. 


2. Fulham vs Manchester United 2-0, 21 Mac 2009, Liga Perdana, Craven Cottage.

Rooney menerima kad kuning kedua.
     Paul Scholes dan Wayne Rooney dibuang padang, dan harapan gelaran liga Manchester United menerima tamparan hebat di Craven Cottage. Scholes dilayangkan kad merah selepas 18 minit apabila menampan tandukan Bobby Zamora dengan tangannya di garisan gol dan Danny Murphy menyempurnakan sepakan penalti.

     Dengan United mencari gol penyamaan, Zoltan Gera menambah jaringan dengan kawalan dan penyudah hebat. Beberapa ketika selepas itu, Rooney membaling bola jauh daripada pemain Fulham yang mahu mengambil sepakan percuma dan menerima kad kuning kedua untuk melengkapkan hari malang United, dan kini dipisahkan hanya satu mata di puncak liga.

     Ini merupakan kejayaan bersejarah Fulham yang tidak pernah mengalahkan United di laman sendiri sejak 45 tahun lalu, sementara pelawat yang tewas 1-4 di Old Trafford kepada Liverpool minggu sebelumnya, buat pertama kali tewas dua perlawanan berturut-turut sejak 2005.


1. Fulham vs Manchester United 1-2, 24 Feb 2007, Liga Perdana, Craven Cottage.

Ronaldo meraikan gol kemenangan.
     Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan dramatik lewat permainan dan menyaksikan Manchester United menjarakkan mata dengan pesaing liga yang lain dengan sembilan mata. Brian McBride meletakkan Fulham di depan selepas Nemanja Vidic dan Edwin van der Sar gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum volley Ryan Giggs menjadikan kedudukan terikat 1-1.

     Van der Sar dua kali menyelamatkan percubaan Simon Davies, manakala Tomasz Radzinski menyaksikan percubaannya terkena tiang gol. Namun Ronaldo yang memulakan gerakan daripada sayap kiri merembat masuk gol kemenangan yang juga terkena kaki pertahanan Fulham sebelum menerjah jaring. Ini adalah gol liga ke 16 Ronaldo musim ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...