Thursday, May 19, 2011

Evra - Park berjuang hingga keringat terakhir.


     Park Ji Sung mempamerkan aksi hebat di bahagian midfield ketika menentang Chelsea dalam perlawanan Champions League dan juga liga. Evra yang juga rakan baik beliau berkata mungkin apa yang beliau makan seharian sambil tertawa.


" Ji Sung amat menakjubkan. Saya ketawa semasa perlawanan dengan Chelsea tempoh hari melihat beliau berlari sepanjang perlawanan tanpa penat. Mungkin juga makanan Korea menjadi faktor penyebab. Saya juga mencubanya malahan pergi ke rumahnya dan menikmati makanan yang sama. Beliau adalah contoh bagi setiap pemain. Adakalanya saya keletihan, Ji Sung akan berlari untuk saya dan boleh terus berlari tanpa henti sepanjang perlawanan. Agak melucukan apabila United berjaya ke final menentang Barcelona ada penyokong berkata, ' Kita akan memenangi perlawanan dengan Barcelona kerana Ji Sung akan berlari seharian dengan Messi dan beranggapan beliau adalah pemain pertahanan." kata Evra.

     Rio Ferdinand juga memuji Park dan mempersoalkan apa yang beliau makan. " Pemain-pemain dalam bilik persalinan kadang kala duduk dan tertawa dengan daya usaha yang ditunjukan Park kerana ia amat luar biasa. Kami cuma ingin tahu apa yang beliau makan sebelum perlawanan dan di rumah kerana kegigihan beliau di atas padang sungguh menakjubkan dan luar biasa. Kami juga bertuah memiliki pemain seperti beliau," kata Ferdinand.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...