Tuesday, July 12, 2011

Alex Ferguson menafikan ketibaan Samir Nasri ke Old Trafford.

Alex Ferguson.
     Sir Alex Ferguson telah menafikan bahawa beliau akan menandatangani pemain midfield Arsenal Samir Nasri musim panas ini.

     Spekulasi pihak media baru-baru ini mencadangkan United dalam perebutan dengan kelab-kelab utama Eropah termasuk seteru setempat Manchester City, untuk khidmat Samir Nasri. Namun bos United itu menamatkan spekulasi tersebut ketika bercakap pada sidang media di Boston, sejam selepas tiba di Amerika Syarikat untuk siri jelajah tahun ini. United akan berada di sini selama tiga minggu dengan lima perlawanan persahabatan termasuk Barcelona.

     Apabila ditanya mengenai gosip yang mengaitkan United dengan Nasri, Ferguson memberitahu media:
"Saya tidak fikir beliau akan datang ke United. Itu sahaja yang saya dapat beritahu. Saya rasa beliau sudah bersetuju untuk berpindah ke tempat lain. Mungkin beliau akan kekal di Arsenal. Ia juga kemungkinan."

     Malah pengurus Arsenal Arsene Wenger juga berazam untuk tidak melepaskan pemain tengah Perancis itu dan telah menyatakan beliau (Wenger) bersedia untuk membiarkan Nasri berpindah secara percuma musim panas depan dan tidak mahu menjualnya buat masa ini.

     "Itu keputusan (Wenger) telah dibuat," kata Ferguson. "Jika beliau kekal dengan keputusan itu, ia sesuatu yang sangat berani. Saya tidak pasti lembaga pengarah di Arsenal gembira dengan itu, tetapi itu satu kemungkinan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...