Wednesday, July 13, 2011

Blast from the Past - Michael Owen hampir sertai United pada 1994.

Owen bersama Ferguson.
     Michael Owen menandatangani kontrak profesional dengan Liverpool pada Disember 1996.
    
     Owen merupakan salah seorang graduan paling mendapat perhatian di Lilleshall (sekolah kecemerlangan bolasepak) yang pada tatkala itu merupakan institusi terhebat melahirkan bakat-bakat muda bolasepak Britain.

     Pada masa itu juga Owen berjaya memecahkan rekod jaringan dalam sejarah England untuk setiap peringkat dari bawah 10 tahun hingga bawah 17 tahun.


     Dua tahun sebelum itu, walaupun beliau telah menandatangani borang Centre of Excellence dengan Liverpool, ia hanyalah perjanjian yang longgar di mana tiada kewajipan pematuhan kontrak kedua belah pihak. Bapa beliau mengatur strategi dengan mengadakan percubaan dengan semua kelab yang telah menyatakan minat mendapatkan khidmat profesional anaknya yang baru berusia 15 tahun.

     Mengimbas kembali detik-detik itu dalam autobiografinya, Off The Record, Michael Owen berkata:

     "Saya pergi ke Manchester United dan menghabiskan satu ke dua minggu untuk menjalani ujian. Saya selalu beranggapan United mahu serapkan saya ke dalam sistem akademi pemain muda mereka yang terbukti antara yang terbaik. Apabila saya pergi ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan saya akan bersemuka dengan individu hebat yang membentuk kerjaya David Beckham, Ryan Giggs, Paul Scholes dan adik beradik Neville, Gary dan Phil. Saya berada di persekitaran yang mana bakat muda tempatan sangat dihargai.

     "Sebelum perlawanan kami akan makan di bangku stadium dan selepas itu pergi ke pejabat Ferguson. Saya selalu teringat ketika beliau melihat saya tepat ke mata dan bertanya, 'Jadi adakah kamu ingin bermain untuk Manchester United?' Soalan yang sangat besar dan mudah yang membuatkan saya terngiang-ngiang. Saya sedang duduk bertentangan dengan salah seorang daripada pengurus terkemuka dunia, dan saya amat inginkan untuk menjadi pemain profesional. Jawapan saya adalah 'boleh juga' dan diikuti dengan 'ya'. Saya tidak dapat berdiri berdepan beliau (Ferguson) dan berkata,'Oh, ya Mr. Ferguson, saya bermati-matian untuk bermain dengan Manchester United'.

     "Sebanyak mana hormat saya terhadap beliau, saya sangat gentar ketika ada bersamanya. Ia bukan ketakutan untuk dibuli, lebih kepada mencari perkara rutin yang tiba-tiba menjadi kelam kabut. Ia lebih merupakan perbualan yang saya sendiri tidak bersedia. Jadi secara amnya saya dapati diri saya bersetuju banyak perkara dengan apa yang diperkatakan pengurus-pengurus - bersikap diplomatik, saya rasa.

     'Adakah anda mahu jadi pemain bolasepak profesional?'

     'Ya, saya mahu.'

     "Itulah perbualan yang sepatutnya berlaku pada waktu itu. Anda hanya beri satu jawapan kepada satu soalan ketika masih remaja, tidak begitu?.

     "Saya tidak pasti apa yang Alex Ferguson fikirkan, tetapi pembantunya Brian Kidd banyak kali meluangkan masa untuk menyaksikan saya bermain dan mengenali bapa saya dengan baik. Adakalanya apabila United tidak beraksi pada hari Sabtu, Brian Kidd selalu berada di tepi padang melihat saya bermain. Pegawai dari United sentiasa berhubung dan memberitahu bapa saya untuk memaklumkan kepada mereka apabila sampai ketikanya saya memilih kelab mana untuk disertai.

     "Sekiranya saya lebih berusia pada ketika itu, saya mungkin tidak begitu naif di depan Sir Alex, tetapi pada usia remaja saya lebih mendengar kata hati berbanding fikiran akal. Saya belum cukup dewasa untuk membezakan kelab mana yang paling besar atau punyai masa depan yang gemilang.

Owen ketika pertama kali beraksi di Piala Dunia 1998.
   Akhirnya Steve Heighway, jurulatih pasukan muda Liverpool yang mempunyai pengaruh besar dengan Owen dan keluarganya memeterai perjanjian dengan kelab Merseyside itu. Faktor utama lain ialah Owen tidak mahu berjauhan dengan keluarganya.

Detik ketibaan Owen ke Manchester United.
      Menjelang 2009 apabila dunia bolasepak secara praktikalnya menutup peluang Owen dalam bolasepak, Alex Ferguson yang sama yang telah beri nafas baru dalam kariernya. Musim ketiga bersama United dan sudah sebati dengan tradisi kelab - dengan medal juara liga sebagai koleksi terbaru beliau - Owen sudah pasti harapkan Albert Einstein tidak memusnahkan penemuan beliau yang begitu berharga iaitu Mesin Masa.

Owen dicemburui setiap pemain Liverpool

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...